Thursday, July 28, 2011

...Dia...

Aku cari dia, bukan kerana harta...
Aku cari dia bukan untuk berfoya-foya...
Aku cari dia bukan untuk dijadikan hamba...

Aku ingin dia setia seperti Hawa...
Aku ingin dia setabah dan berpekerti seperti Siti Khadijah...
Aku ingin dia secantik Zulaikha...
Aku ingin dia berpegang kepada kitab suci dan sunnah nabi...
Sebagai pedoman dan panduan abadi...

Dalam dia kuharap ada "Nur" pelengkap hidup untuk dikongsi...
Kucari dia sebagai teman sehidup semati...
Mencukupi pekerti agar hidup bererti...

Aku tunggu dia dengan keizinanNya...
Aku tunggu dia dengan kehendakNya...
Aku tunggu dia dengan keredhaanNya...