Tuesday, April 28, 2009

YAB DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK & ISA

Ucaptama YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 telah mengisytiharkan pembebasan sejumlah 13 tahanan ISA berkuat kuasa serta merta. Beliau turut mencadangkan agar ISA dikaji semula.

Jawapan sama ada ISA perlu atau tidak, sama sekali tidak ditekankan. Cuma yang dicadangkan ialah kajian ke atas Akta ISA ini. Selama Akta ISA dikenakan ke atas pesalah, pelbagai andaian telah disuarakan. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa akta ini melanggar hak asasi manusia. Rakyat tidak bebas menyampaikan kritikan terhadap kerajaan.

Berfikir mengenai isu akta ini, ada relevannya Akta ISA diguna pakai terutamanya Perdana Menteri. Walaupun negara Malaysia telah maju dan rakyatnya sudah pandai menilai, tetapi ianya bukanlah alasan untuk akta ini dihapuskan. Jika kita lihat, ISA hanya dikenakan kepada mereka yang menghasut dan hasutan mereka boleh menyebabkan negara menjadi huru-hara, kaum antara kaum bertelingkah, sama ada dari segi percakapan atau perbuatan yang boleh mengancam kedaulatan dan keamanan negara. Sekiranya tiada akta ini atau akta ini dihapuskan bagaimana keselamatan pemimpin, kerajaan dan rakyatnya. Sedikit-sebanyak akta ini dapat mengurangkan pengisytiharan darurat.

Sekiranya darurat diisytiharkan, imej negara berada dalam keadaan yang amat berbahaya. Ekonomi negara akan terjejas. Masalah dalaman negara (Malaysia) tidaklah sehebat negara-negara luar yang lain. Malaysia mampu mengatasi masalah dalaman secara damai. Ianya juga berikutan daripada majoriti rakyat Malaysia yang masih berpegang kepada amalan hormat-menghormati.

Jika dikaji sekalipun akta ini, ISA bukannya dikenakan terhadap individu atau kumpulan pada setiap masa. Jumlah individu atau kumpulan yang dikenakan dibawah tahanan ini masih ditahap yang minima.

Saya berpendapat bahawa tujuan kajian semula dilakukan ke atas akta ini, berkemungkinan adalah untuk mengemas kini peraturan dan tindakan ke atas individu atau kumpulan.

Setakat ini belum ada pemimpin Malaysia yang menyalahgunakannya. Sesetengah rakyat kita menolak ISA adalah kerana rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Sebelum isu 1998, ISA tidak pula dipertikaikan. Setelah 1998, isu Akta ISA ini mendapat liputan yang amat meluas hinggakan ianya dikecam.

Kelantangan tentang isu ini hanya dicanangkan oleh mereka yang pernah merasainya. Jika difikirkan kembali, dalam tempoh 11 tahun ini berapa orang sangat yang dikenakan dibawah tahanan ISA. Tetapi, bagaimana mereka berjaya menghasut rakyat yang lain untuk menolak ISA. Sepastinya hasutan mereka berjaya kerana berjuta rakyat Malaysia yang ingin menolak akta ini. Jadi, nilailah sendiri dengan jumlah tahanan ISA yang minima tetapi berjaya mempengaruhi jutaan rakyat, apa yang perlu kita klasifikasikan bekas tahanan ini. Kalau dihasut dengan perkara yang boleh meningkatkan kualiti dan produktiviti tidak mengapa, tetapi hasutannya merujuk kepada individu tertentu, kaum tertentu dan kerajaan, yang mana hasutan itu bakal membawa kepada punca pergaduhan dan kerosakan harta benda awam.

Beginikah cara kita menunjukkan protes? Malaysia telah merdeka selama 51 tahun tetapi kita masih lagi tidak dapat menimbang yang mana baik dan buruk setelah nafsu menguasai diri.



Monday, April 27, 2009

PERMATANG PAUH : ELECTION & MENTALITY

Before the election of 1999, Permatang Pauh was concurred by Barisan Nasional. BN failed to maintain the majority after the controversy of Anwar cases. Permatang Pauh community loves Anwar. Majority of them cannot accepted what was happen to him.

Now is already 10 years, Permatang Pauh is still under Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nobody can fight with Azizah. Anwar still won as a YB.

We had pro and contra regarding any election in Permatang Pauh. After PRU 12 Azizah resigned as a Parliament Members and giving the chance to her husband. PKR got the majority again. For sure, Permatang Pauh is still like 10 years ago. No development especially in Penanti & Permatang Pasir. I'm not focussing to Seberang Jaya because Seberang Jaya is a town area.

For me, the by-election after PRU 12 is a politic games by someone. The by-election become a trend for certain areas. It same goes to Penanti.

Why people still need Anwar?
Why Permatang Pauh community not looking forward for the new development?

Majority of community in Permatang Pauh still have a low mentality. Anwar put his speaches/promises in their minds. If people still carried this kind of mentality, they will lose.

Permatang Pauh should think about the future. Put the emotional a side. This is 2009 and not 1999 anymore.





MUSIC : THE GREATEST PERFORMANCE BY ISERPE



Abba Songs Performed By ISERPE Australia

Yesterday (April 27th. 2009, Monday), ISERPE came to ISKL (The International School of Kuala Lumpur) and performed most popular 70's & 80's songs ; Medley Abba Songs, Uptown Girl, Black & Gold, Celebrations and many more.

The performance was so amazing. With the little pre-show preparation, ISERPE entertained the ISKL Community with a great performance.

Congratulation & big hand for ISERPE!!!

Saturday, April 25, 2009

DAFTARLAH SEBAGAI PEMILIH : ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA

Hari ini (Sabtu, 25 April 2009), saya menghabiskan masa hujung minggu dengan bersiar-siar di One Utama, Bandar Utama. Ini adalah kegiatan rutin yang saya lakukan apabila tiba hujung minggu. Sekiranya tiada apa-apa kerja atau program penting, One Utama adalah tempat saya untuk 'melepak' mahupun membeli-belah.

Sewaktu berjalan menuju ke New Wing, terlihat kaunter yang di buka oleh SPR bagi membolehkan warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pengundi. Inisiatif yang diambil oleh SPR dengan membuka kaunter daftar mengundi di pusat membeli-belah adalah suatu yang harus dipuji. SPR mengeluarkan jumlah statistik rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pemilih. 3 juta adalah angka yang amat besar.

Lihat ramai yang mendaftar sebagai pengundi. Dari golongan muda hinggalah golongan tua. Rupa-rupanya ramai di antara yang mendaftar sebagai pemilih berusia dalam lingkungan 28 tahun ke atas dan sudah berkeluarga.

Kekesalan yang timbul ialah apabila kurangnya umat Melayu yang beratur untuk mendaftar. Terlintas di dalam hati, adakah semua umat Melayu yang hadir ke One Utama hari ini sudah mendaftar sebagai pemilih? Orang Melayu kita hanya berhenti melihat dan kemudian sambung perjalanan. Muda-mudi Melayu pula berjalan berpasangan dan berpeleseran. Mereka tak endah pun. Tetapi, ramai kaum lain yang membuat semakan, mendaftar dan seterusnya membuat penukaran alamat lama kepada alamat baru. Agak lama juga saya perhatikan kaunter SPR itu.

Setelah melihat senario begini, saya cuba mengimbau PRU-12. UMNO hilang banyak sokongan. Pengundi kaum Cina dan India mengalih undi daripada BN kepada parti pembangkang. Begitu juga dengan sesetengah Melayu yang berbuat begitu. Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP. Pertambahan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari kalangan yang bukan Melayu turut bertambah. DAP menang banyak kerusi, PKR turut menambah bilangan kerusi. Di mana kerusi Melayu? Walaupun ada, cukup kuatkah kita? Kerusi Melayu terpisah kerana berbeza idealogi politik.

Melayu perlu ingat bahawa untuk terus berkuasa, Melayu perlu mendapat sokongan semua pihak termasuk kaum sendiri. Sekiranya Melayu kurang, bagaimana Melayu nak menambah kuantiti Melayu sebagai pemimpin rakyat.

Perlu ingat bahawa kaum lain sedang berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu yang Melayu lupa. Sekali undi mereka tidak berpihak kepada mana-mana Melayu, di mana Melayu ketika itu? Jawapannya Melayu ramai. Tapi, ramai Melayu yang tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih. Ramai Melayu tak mendaftar sebagai pemilih. Jadi, macam mana Melayu nak menang dalam pilihanraya.

Biarpun komen ini berbaur sensitif, saya hanya bertujuan untuk menyedarkan bangsa saya yang belum mendaftar mengundi untuk mendaftar sebagai pemilih. Dengan harapan supaya ke depan nanti kita tidak jadi ralat atau menyesal. Cukuplah dengan apa yang terjadi di Pulau Pinang.

ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA

Wednesday, April 22, 2009

HMMM... : SHHH...DIA DATANG, BILALAH NAK DATANG...???

Haaaa...Ini pula ada poster filem shhh...Dia Datang. Filem pertama arahan Saiful @ Apek.

Ramai artis-artis yang terlibat dalam filem ini. Antaranya ialah :

Saiful @ Apek
Aaron Aziz
Shukrie Hashim
Jalil Hamid
Dato' Jalalludin Hassan
Kuna
Zami Ismail
Imuda
Ahmad Busu
Khatijah Tan
Amy Mastura
Azwan Haji Ali
Kathy Fudziah, Airis Yasmin dan ramai lagi...Angah & Along Raja Lawak, Accapan, Rama, Avaa Vanja, Din Beramboi, Kuman, Rosnah Mat Aris, Rina Adenan, Norliana Shamsudin, Adzrin Dato' Azdhar dan Yasin.

Hmmm...khabarnya filem ini akan mula ditayangkan pada bulan March lepas. Tetapi sehingga sekarang belum dapat apa-apa berita mengenai tarikh tayangan.

Hmmm...sama-sama kita tunggu kemunculannya.

HMMM... : KANTOI...KANTOI

Entah bila agaknya filem Kantoi ni nak keluar ya? Tunggu punya tunggu, dah masuk setahun dah filem tenggelam dari arus publisiti dan promosi. Senyap tiba-tiba...Kenapa ya???...hmmm

Jadi kepada peminat-peminat filem Melayu, sabarlah menunggu yer...

Yang lain banyakkan berdoa...mudah-mudahan segala dipercepatkan dengan mudah.

Poster ni adalah first design masa launching. Rita Rudaini digantikan dengan Rozita Che Wan. Hmmm...Kenapa ya?

Banyak juga persoalan ya...hmmm???

Monday, April 20, 2009

LAYAN : SEGALANYA TELAH...

Cinta,
Telah kumiliki...
Sayang,
Telah kutemui...
Rindu,
Telah kurasai...

Pahit,
Telah kutelani...
Manis,
Telah kukecapi...
Pedihnya,
Kurasa lagi...

Walau suka dalam duka...
Walau duka dalam suka...
Memori,
Tak bisa luput...
Kenangan sentiasa terpahat...
Segalanya telah kuharungi.



.


Saturday, April 18, 2009

ANTARA HAK MELAYU DAN BUMIPUTERA DENGAN PERJUANGAN PERIBADI ANWAR IBRAHIM

Anwar Ibrahim bukannlah calon yang sesuai untuk memimpin negara pada ketika ini kerana Anwar Ibrahim adalah boneka yang diperan oleh bakal-bakal penjajah. Anwar Ibrahim memang petah berkata-kata. Kepetahan berucap dengan bekerja adalah tidak sama. Memang mudah untuk melafazkan sesuatu yang indah dan manis kepada rakyat agar rakyat dibuai mimpi indah.

Anwar Ibrahim banyak memperjudikan hak-hak Bumiputra semata-mata untuk medapatkan apa yang diinginkan. Adakah Anwar Ibrahim telah terlupa bagaimana sejarah kemerdekaan Malaysia. Malaysia merdeka atas persetujuan tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Mereka turut memperakui dan bersetuju dengan hak Melayu dan Bumiputera pada waktu mencapai kemerdekaan. Kini, mereka semua adalah rakyat Malaysia. Setelah 51 tahun Merdeka kenapa mereka masih pertikai dan menuntut hak Melayu dan Bumiputera sedangkan mereka berjanji tidak akan menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan Keistimewaan Orang Melayu.

Pertikaian ini bukan hanya dituntut oleh Cina dan India malahan Melayu yang pentingkan perjuangan peribadi turut mengiakan apa yang dituntut oleh mereka itu. Akta 153 relevan selamanya dan jangan bermain api dengan isu ini. Kalau mereka sensitif dengan isu perkauman yang melibatkan kaum mereka, jangan sesekali menjolok sarang tebuan dan mempertikaikan apa yang telah termaktub.

Keputusan kemenangan Anwar Ibrahim amat membimbangkan memandangkan perkara yang diperjuangkan oleh PKR adalah mengenai keadilan rakyat, maka ketuanan Melayu akan tercabar. Sudahlah UiTM dicadangkan untuk dibuka kepada bukan Bumiputera. Selepas ini, entah apa lagi idea bernas yang akan dicadangkan.

Projek mega kandang babi itu pun sudah menggusarkan pelbagai pihak. Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa pemimpin PKR hanya recall apa yang pemimpin BN pernah suarakan. Sedar atau tidak, setiap recall yang hendak dibuat mestilah berpihak kepada apa yang logik dan masuk akal. Salah satu recall yang telah dilaksanakan dan mengguris perasaan ialah dengan meluluskan ternakan khinzir secara besar-besaran di negeri Selangor. Adakah ini recall yang terbaik?

PKR pada dasarnya ditubuhkan adalah untuk membela Anwar seorang sahaja dan tidaklah segah keadilan yang dilaungkan. PKR hanya memperjuangkan supaya Anwar bebas dari tuduhan mahkamah. Bagaimanapun tujuan utama tidak berjaya kerana Anwar telah didapati bersalah di mahkamah dan menyebabkan Anwar ditahan.

Banyak persoalan timbul, antaranya dari manakah sumber kewangan PKR yang dilaporkan begitu banyak digunakan ketika pilihanraya kecil ini mahupun pilihanraya umum Mac lalu. Memang menghairankan parti yang hampir tekubur 5 tahun lalu boleh bersaing dari segi jumlah peruntukkan kewangan untuk berkempen mengalahkan parti kerajaan. Apa lagi yang akan berlaku selepas ini? Keadaan semakin meruncing dan merisaukan. Apakah kita memang menunggu Malaysia menjadi kacau bilau dan rakyatnya kembali hidup dalam kesengsaraan? Kenapa ada Melayu yang sanggup korbankan kepentingan hak Melayu dan Bumiputera demi perjuangan peribadi?

Apa yang berlaku di Permatang Pauh dan Merdeka ke-51, anak bangsa kita sedang membuat sejarah pada hari ini untuk menjadi pengajaran anak cucu kita masa
hadapan.

Nak marah dah letih, nak nangis air mata dah kering, nak bersuara kita bukan siapa pun. Apa yang terpenting ialah kesatuan Melayu perlu sedar dan bangun.

Bila Melayu hilang jati diri seorang Melayu…
lupa asal usul
lupa tanah tumpah darah
lupa akal budi
lupa jasa hati
hancur akan menyusul.

Bila Melayu tidak ingin memepertahankan hak sendiri
kata inginkan reformasi
rupanya menjerumus diri ke dalam api
menghancurkan tanah bumi sendiri bila kononnya hak saksama diperjuangkan.

Ketuanan Melayu tidak diinginkan
politik perkauman harus dipinggirkan
Siapa yang menghamburkan kata-kata perkauman?
Melalak dijalanan kononnya "Kami tidak diutamakan"?

Kami Orang Melayu
memang hak kami untuk bertuan di bumi ini !
Fikirkanlah siapa kami
kenapa kami harus terus ‘bertuan’ di bumi ini
kenapa kami harus diutamakan.

Bila United Malays National Organization dilupakan
UMNO jasanya dinafikan.

Sedarlah !

Merdekanya Melayu kerana UMNO
Bertuannya Melayu kerana UMNO
Berjayanya Melayu kerana UMNO

Adakah kita ingin kembali dijajah
merempat di bumi sendiri
dimainkan oleh sang ‘Kaca Mata’ besi
yang selalu melaungkan kata-kata demokrasi
rupanya sang "power obsession"
yang terangan mementing diri.

Melayu perlu bangun
tidak merempat memohon simpati
di tanah air sendiri
dan hilang harga diri.

Sedih bila Melayu mula hilang jati diri
termakan janji dibawah telunjuk sang ‘Kaca Mata’ besi.

Bangkitlah Melayu
Demi Agama…Bangsa…Negara

Sukalah saya dengan ini memaparkan semula sumpah Melayu sebagai mengenang jasa Dato’ Onn sebagai pemimpin UMNO yang berjaya menyatukan umat MELAYU BERSATU. Mudah-mudahan kita semua memperingati Sumpah Melayu ini dan bangkit berjuang semula atas kebenaran demi AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, NEGARA MALAYSA.

Termaktub
di Batu Pahat pada 8 Rabi’tul awal 1365 hb bersamaan 10 Februari 1946 Masihi..

Kami
umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki,
khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sesama sendiri.

Kami berjanji
akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam.

Kami juga akan bekerja kuat
untuk menyara diri dan keluarga kami.

Kami
bersedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan
terhormat

Kami
umat Melayu, Islam bersumpah setia untuk :

Mempertahankan
kepentingan dan hak Melayu

Mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu
Memperjuangkan iktisad dan pelajaran bangsa Melayu
Mempertahankan maruah negara supaya aman sejahtera

Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera bukan batu penghalang untuk melihat Melayu maju tetapi hak keistimewaan ini adalah penting bagi menjamin ‘tuan yang sebenar’ untuk tanahnya sendiri. Melayu kini, ramai cerdik pandai tetapi dalam kecerdikan itu ada segelintir Melayu yang masih buta hati, tidak pandai berpolitik serta sanggup menggadaikan hak kepentingan bangsa sendiri dengan menunjukkan segala kelemahan dan kebodohan sendiri kepada orang lain. Ibarat nyamuk seekor, kelambu dibakar.

Tulisan ini adalah himpunan daripada pendapat umum melalui www.chedet.com yang telah disunting oleh saya. 2 September 2008.

PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH P44 : APA ADA DENGAN ANWAR IBRAHIM

Umum telah ketahui bahawa calon PKR, Anwar Ibrahim (Datuk Seri) telah memenangi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh P44 dengan beroleh majoriti sebanyak 15,671 undi. Rupa-rupanya rakyat masih mahukan Anwar Ibrahim meneraju Permatang Pauh seperti sebelumnya, sehinggakan sanggup menolak calon yang mewakili UMNO dalam BN iaitu YB Datuk Arif Shah yang juga merupakan ADUN Seberang Jaya. Perasaan kecewa yang teramat dirasai oleh ahli-ahli BN terutamanya ahli-ahli UMNO yang berkerja keras siang dan malam dalam memastikan jentera BN beroleh kejayaan. Tetapi, malangnya usaha itu ditolak oleh para pengundi yang majoritinya adalah dikalangan bangsa Melayu. Di mana Melayu ketika ini? Tidak serikkah Melayu Permatang Pauh apabila berada dibawah tapak kaki Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP selepas pilihanraya yang lalu? Inilah yang dikesalkan. Saat negara tercinta akan menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke 51, majoriti Melayu Permatang Pauh seolah-olah belum mahu Merdeka dan mahukan penindasan yang berterusan berlaku ke atas bangsa Melayu.

Dengan kemenangan PKR pada malam 26 Ogos 2008 sudah cukup bagi majoriti Melayu Permatang Pauh berpesta sepanjang malam. Ibarat "menang sorak, kampung tergadai", begitulah ungkapan yang sesuai diungkapkan buat penyokong-penyokong PKR. Semangat juang untuk bangsa Melayu telah luntur, ketuanan Melayu tidak terbela dan peradaban Melayu dipersenda oleh kalangan Melayu Permatang Pauh yang mengundi PKR.

Penyokong dan pengundi PKR perlu ingat bahawa PKR bukanlah sebuah parti Melayu yang boleh membela dan berjuang untuk bangsa Melayu. PKR adalah parti campuran antara Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga bangsa ini sebumbung dan sudah pasti memperjuangkan hak kesamaan antara kaum bagi mendapat kata sepakat dalam politik yang diperan oleh Anwar Ibrahim bagi memastikan misinya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tercapai. Perjuangan yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim adalah perjuangan bersifat peribadi, bermotifkan dendam. Demi memastikan rakyat menyokong penuh kepadanya, Anwar Ibrahim sanggup menggadaikan apa sahaja termasuklah keistimewaan orang Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Perjuangan Anwar Ibrahim bukan perjuangan untuk anak-anak bangsa tetapi perjuangan Anwar Ibrahim adalah perjuangan memecah belahkan umat Melayu yang beragama Islam semata-mata untuk kecapi impian untuk menjadi Perdana Menteri. Di dalam parti yang ditubuhkan oleh isterinya pada tahun 1999, jelas menunjukkan bahawa keterbukaan parti tersebut menerima semua bangsa dibawah satu bumbung tanpa ada sebarang parti komponen dibawahnya yang mewakili bangsa sesuatu kaum.

Jadi, apa bezanya PKR dengan DAP? Cuma PAS sahaja yang diwakili oleh Melayu. PKR dan DAP bersengkol dalam membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menolak calon PAS sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan berbanding dengan calon PKR, calon PAS dari ADUN Permatang Pasir dilihat lebih layak untuk menduduki kerusi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mempunyai dua kerusi untuk jawatan itu.

Penyokong dan pengundi belum sedar akan perkara yang telah berlaku ini. Walaupun BN ditolak di Pulau Pinang, rata-rata penyokong atau pengundi Melayu yang lain lebih berharap kepada PAS kerana masih ada Melayu walaupun ianya pembangkang. Senario ini belum dilihat dengan jelas oleh penyokong atau pengundi fanatik di Permatang Pauh. PAS juga adalah salah satu parti di dalam Pakatan Rakyat tetapi kenapa tiada kerusi TKM Pulau Pinang untuknya. Inilah persoalan yang membelenggu difikiran.

Melalui Pilihanraya Kecil Permatang Pauh P44, banyak persoalan yang timbul. Antaranya ialah :

1. Kenapa Anwar Ibrahim begitu taksub atau ‘tergila-gila’ untuk menjadi Perdana Menteri?

2. Siapakah penaja untuk PKR sewaktu kempen pilihanraya berlangsung? Apakah dasar perjuangan untuk bangsa Melayu di mata PKR? Dari mana datangnya wang saguhati PKR untuk penyokong atau pengikut-pengikutnya yang berkerja sewaktu kempen dan pilihanraya? SPR dikalangan pembangkang? Adakah wang ini datangnya dari AS atau petualang-petualang lain? Sekiranya wang Anwar Ibrahim, tak kan Anwar sebegitu kaya? Adakah rasuah diamal olehnya sewaktu dia dalam BN?

3. Sejauhmana perjuangan Anwar Ibrahim untuk bangsa Melayu? PKR parti campuran, tidak mungkin hak dan keistimewaan Melayu dibincangkan.

4. Kenapa Anwar mengelak daripada mengangkat sumpah berikutan kes liwatnya?

5. Dimanakah semangat juang remaja dan kanak-kanak Melayu apabila sanggup mengibar bendera-bendera DAP? Sedangkan DAP amat anti-Melayu dan mahukan keistimewaan Melayu dibahagi sama rata dengan mereka di samping menolak Islam sebagai agama rasmi negara.

6. Dalam kerajaan yang akan dibentuk oleh Anwar Ibrahim pada 16 Sepetember 2008, TPM nya adalah dari DAP. Apa akan terjadi sekiranya hayat Anwar tidak panjang? Siapakah yang akan teraju negara?

7. Anwar mendakwa 30 Ahli Parlimen BN akan lompat parti. Tidakkah Anwar terfikir, bagaimana pula sekiranya Ahli Parlimen PKR dari kaum Cina dan India lompat parti dan masuk DAP? Berapa kerat Melayu yang akan tinggal dalam PKR?

Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, Melayu akan ternganga dan akhirnya merintih di tanah tumpah darah sendiri. Untuk Anwar Ibrahim, jangan sampai saudara digelar ‘Pengkhianat Bangsa’ atau ‘Tali Barut’ suatu hari nanti. Kepada semua pembaca blogs ini, renung-renungkan dan fikir-fikirkan perkara ini dan hayatilah bibit-bibit lirik ini :

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap
Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu

Kan
Gagah Di Nusantara (3x)

Adakah ini kesudahan kita?



Khamis, 28 Ogos 2008.

PERALIHAN KUASA & RAMPASAN KUASA

Hasrat Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohammad mahu menyertai semula UMNO amatlah dinanti. Pengumuman telah pun dibuat oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau mengadakan pertemuan dengan Yang Berbahagia Tun. Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati Yang Berbahagia Tun untuk kembali kepangkuan UMNO setelah beliau sendiri membuat pengakuan keluar dari UMNO sejak lewat Mei yang lepas.

Ekoran kritikan terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin secara tidak langsung telah membuat kenyataan bahawa peralihan kuasa yang akan dilakukan pada tahun 2010 hendaklah dipercepatkan kerana tempoh yang diberikan agak lama bagi menjalani proses pemulihan dalam UMNO dan juga BN. Kenyataan daripada pihak menteri sebagaimana yang disuarakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat dan juga ahli-ahli UMNO.

Selama ini menteri-menteri teragak-agak untuk memberikan komen apatah lagi untuk mengkritik secara terang-terangan. Kini setelah kenyataan ini dibuat, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai seorang yang berani berhadapan dengan risiko kerana kelantangan beliau. YAB PM seharusnya mengambil kira soal kritikan terhadap kepimpinannya. Rakyat bukan menolak YAB PM dengan suka-suka tetapi rakyat amat prihatin terhadap masa depan Malaysia. YAB PM berjaya untuk penggal pertama menjadi PM, tetapi terdapat rekahan yang agak mendadak pada penggal kedua. Ini bukan soal ‘gila kuasa’ para menteri yang berkebolehan untuk naik ke atas, tetapi untuk mengelakan daripada perkara-perkara berbangkit terus menerus menyelubungi fikiran rakyat yang masih tiada noktah. Peralihan kuasa secara aman dan dipersetujui oleh semua pihak amat elok dipercepatkan, disamping pemulihan segala kelemahan dapat diatasi dengan cara yang profesional.

Saya masih tidak faham kenapa rakyat sekarang terutamanya ahli UMNO-BN sudah tidak berminat dengan parti ini. UMNO bukan parti lapok atau outdated tetapi UMNO adalah parti untuk bangsa Melayu di mana segala hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam akan sentiasa dipertahankan untuk selama-lamanya. Bukan soal sudah muak dengan parti yang hanya merujuk kepada satu kaum, perkara ini hanya mainan politik Pakatan Rakyat dalam usaha membolehkan Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya. Sedar atau tidak, PAS dan PKR adalah parti serpihan yang ditubuhkan oleh anggota atau ahli yang pernah menganggotai UMNO suatu ketika dahulu. Mereka adalah orang-orang yang kecewa kerana gagal memperoleh tempat atau jawatan yang diingini lalu menubuhkan parti bagi menunjukkan rasa protes.

Berkenaan dengan 16 September 2008 sebagaimana yang dicanang oleh Anwar Ibrahim sebagai tarikh di mana Pakatan Rakyat (PR) menuju ke Putrajaya, bagi saya ianya adalah satu dogengan politik bagi meraih simpati majoriti rakyat yang lain untuk beroleh kepercayaan, kemenangan dan menunjuk kekuasaan. Sehingga sekarang tidak ada Ahli Parlimen BN melompat parti. Kronologi PR dalam merampas kuasa sedia ada juga tidak terjadi. Malahan kini, telah keluar kenyataan daripada pemimpin PR yang menyatakan bahawa misi 16 September mungkin akan lewat sedikit ekoran daripada Ahli-Ahli Parlimen BN sedang mengikuti lawatan sambil belajar di luar negara. Pada saya, ini semua adalah tipu dan helah semata-mata. Apabila keriakkan menguasai diri maka inilah yang berlaku. Rakyat ditipu hidup-hidup oleh golongan yang sentiasa ‘gila kuasa’. Sekiranya apa yang dicanangkan ini benar-benar terjadi, saya tidak mengklasifikasikannya sebagai peralihan kuasa kepada kerajaan baru tetapi saya mengklasifikasikan perkara ini sebagai ‘rampasan kuasa’ yang sememangnya tidak adil untuk semua rakyat Malaysia. Seandainya berlaku, situasi ini saya ibaratkan kerajaan baru impian PR ini sebagai ‘lanun’ atau ‘mafia’ yang merampas hak kesemua rakyat Malaysia yang majorotinya telah menyokong BN sebagai kerajaan pimpinan untuk semua. Sekiranya perkara ini berlaku, sudah pasti PR akan memperalatkan pemimpin-pemimpin BN dengan sogokan wang yang berjuta-juta. Persoalannya dari mana sumber kewangan itu diperolehi oleh PR? PR mendakwa kerajaan sekarang kerajaan yang penuh dengan rasuah, tetapi perbuatan membida ini bukankah sama seperti rasuah?

Malaysia adalah negara yang mempunyai Rang Undang-undang yang kukuh selama ini. Sekiranya benar, perkara sebegini hanya akan wujud setelah pilihanraya yang sah diadakan di seluruh negara. Bukan dengan cara merampas, tetapi dengan cara yang lebih hormat atas dasar kepercayaan.

Bagi isu perkauman yang timbul sejak akhir-akhir ini, saya melihat bahawa isu ini adalah mainan sesetengah pihak sewaktu berkempen dan liputan yang songsang dimain pula oleh media untuk mencetuskan kontroversi disamping menarik pelanggan untuk membeli tulisan yang dicetak itu. Sebelum ini, jarang sekali isu-isu perkauman dimainkan oleh pihak-pihak tertentu. Cuma apabila seseorang itu ‘gila kuasa’ maka semua isu ini diangkat secara besar-besaran dan menyebabkan perpecahan sesama kaum dan juga parti.

BN telah memimpin Malaysia pada tahap di mana kita berada. Harga petrol dan barangan bukanlah isunya. Perkembangan ekonomi dari masa ke semasa memberi impak terhadap kenaikan ini. Jika tidak berlaku sekarang, mungkin satu tahun, dua tahun, sepuluh tahun atau 20 tahun akan datang tetap akan berlaku perubahan ini. Harga petrol dan barangan 20 tahun dulu tidak akan sama dengan hari ini. Harga pada hari ini pula tidak akan sama dengan 10 tahun atau 20 tahun akan datang. Semuanya akan berubah dari masa ke semasa mengikut peredaran masa. Segala kenaikan harga ini bukan penyebab atau punca kepada perbalahan antara kaum. Punca yang sebenarnya ialah apabila seseorang ‘gila kuasa’ maka segala-gala hak hendak dikongsi bersama walaupun perjanjian antara kaum telah termaktub lagi sejak negara hendak mencapai kemerdekaan. Kaum mana selain bangsa Melayu yang tidak mahu akan hak kesamarataan, mereka sudah pasti mahukan hak ini dikongsi. PKR hanya ‘gula-gulakan’ isu ini kerana mahu menarik sokongan. Percayalah ramai yang akan terpedaya dan ditipu dengan isu-isu sebegini. Malahan perkara mengenai isu perkauman ini akan jadi lebih buruk dari apa yang kita hadapi kini.

Segala apa yang berlaku tetap ada hikmahnya kepada semua. Ada positif dan negatifnya terhadap segala kejadian. Dan setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga masalah yang dihadapi oleh UMNO-BN, semuanya akan ditangani dengan lebih berhemah dan memuaskan hati semua pihak. Cuma kepada yang masih tidak puas hati dan ‘gila kuasa’ sahaja yang akan terus menerus memecah belahkan perpaduan yang kita kecapi selama ini. Harap golongan cerdik pandai dapat menganalisa bagi mendapatkan hasil bukannya dengan merosakkan hasil dalam mencapai matlamat yang belum pasti. Fikirlah mengenai agama, bangsa dan negara dan bukannya soal peribadi yang hanya menguntungkan individu tertentu, yang mana individu itu sentiasa mempunyai perasaan dendam dan mahu melihat rakyat sesama agama dan bangsa bertelagah bagi mencapai impian yang belum pasti. He is not a God to creat everything.


12 September 2008

Friday, April 17, 2009

LAYAN : LARA JIWA

Kubukakan sangkar ini...
Dengan jari jemari yang menggeletar...
Sewaktu titis peluh membasah didahi...
Agar engkau bebas terbang dengan harapan yang belum pasti...
Andai patah sayap dipertengahan,
Tidak mungkin akan kembali lagi.

Biarku menantimu seumur hidupku...
Biarpun diawangan...
Akan kugapai bintangmu yang bergemerlapan itu...

Hayatilah bait-bait lagu ini...
Mudah-mudahan engkau fahami isi hatiku.

Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (Flybaits)
Seketika itu sepi mencuit hati
Hanya suara hujan seakan menyanyi
Mendendangkan lagu syahdu
Ketika ku terpegun
Merenung jauh gambarmu sayangku

Terkilan rasa bila kata-katamu
Kau ucapkan padaku, membuat ku terpaku
Bersama-sama suratmu, setelah ku baca kini
Seolah ku berada dalam mimpi

Titisan demi titisan
Airmata ku jatuh berlinangan
Kugenggam gambarmu dalam pelukan mesra
Tak mungkin dapat ku melupakanmu...
Sayang...
Di dalam dunia ini
Tak mungkin dapat ku cari pengganti dirimu
Oh... mengapa perpisahan yang kau pinta...(dariku)

Janganlah kau lupa suatu ketika dulu
Kita pernah bersama berjanji dan bercinta
Kini nyata kau mungkiri setelah janjimu itu
Di manakah letak kejujuranmu


Kenangan Lalu (Flybaits)
Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu

Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta

Mengapa aku disiksa, apakah tujuan dia
Mungkin kerna ia pernah dikecewakan cinta
Katakan pada diriku aku 'kan membalut luka
Oh... jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya

Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru

Monday, April 13, 2009

TEKNIK CGI : FILEM CICAKMAN (2006)

Pengarah filem sci-fi selepas zaman kegemilangan Aziz M. Osman ialah Yusry Abd. Halim atau lebih popular dikenali sebagai Yusry KRU. Selepas popular sebagai penyanyi (berkumpulan dan solo) dan pelakon filem, Yusry KRU membuat kejutan dengan mengarah filem sulung yang berjudul Cicakman (2006) dengan kos pembikinan RM 2 juta. Cicakman (2006) merupakan filem pertama di Malaysia yang menggunakan teknik CGI hampir 90% sewaktu pembikinannya.


Teknik CGI telah diperkenalkan melalui filem Westworld (2D CGI) pada tahun 1973, dan filem Futureworld (1976) yang merupakan sekuel kepada Westworld (1973) merupakan filem pertama yang mengunakan kesan 3D CGI, seterusnya diikuti dengan filem Star Wars (1977) (www.wikipedia.com). Berdasarkan kepada sejarah CGI, CGI telah berkembang di Hollywood sejak 33 tahun dahulu. Di Malaysia, aplikasi teknik CGI terhadap filem pertama kalinya diperkenalkan melalui filem Cicakman (2006). Yusry KRU telah menggunakan kelangkapan canggih termasuk perisian Maya dan 3D-Max (Roslen Fadzil, 24 September 2004).


Secara ringkasnya, filem Cicakman (2006) arahan Yusry KRU mengisahkan seorang pemuda bernama Hairi (lakonan Saiful Apek) yang bekerja di makmal Profesor Klon. Hairi memiliki kuasa cicak yang boleh melekat pada dinding, menggunakan lidah seperti lidah cicak dan apabila luka, lukanya cepat sembuh selepas Hairi meminum minuman dan tertelan cicak yang jatuh ke dalam minumannya tanpa dia menyedari insiden itu. Seperti Superhero yang lain, Cicakman juga mempunyai kelemahan apabila berhadapan dengan gelang getah. Filem Cicakman (2006) akan menemui penonton pada 7 Disember 2006 dengan barisan pelakon popular seperti Saiful Apek (Hairi/Cicakman), Fasha Sandha (Tania), Yusry KRU (Danny), Aznil Hj. Nawawi (Profesor Klon), AC Mizal dan Adlin Aman Ramli (Mutan Profesor Klon) serta ramai lagi. Cicakman (2006) adalah sebuah filem aksi komedi superhero yang diterbitkan oleh KRU Film Sdn. Bhd. disamping Johan Lucas yang bertindak sebagai penerbit dan Norman KRU sebagai penerbit eksekutif.


Berbalik kepada CGI, CGI adalah singkatan daripada Computer-Generated Images (CGI) sebagaimana yang direka dan diperkenalkan oleh dua graduan University of Utah iaitu Edwin Catmull dan Fred Park. Mereka adalah karyawan yang bertanggungjawab disebalik tabir pembikinan filem Westworld (1973) dan Futureworld (1976) (www.wikipedia.com). CGI diguna atau dipraktikan dalam pembikinan filem, program televisyen, pengiklanan dan percetakan, animasi serta permainan video, juga ilustrasi kejuruteraan dan penggambaran saintifik.


Computer-Generated Images atau CGI adalah merupakan satu penerapan dalam bidang computer graphics (3D computer graphics) untuk menghasilkan kesan-kesan khas melalui penggunaan teknologi komputer. Aplikasi teknik CGI digunakan untuk memberi kesan khas kerana ketinggian kualitinya dan penggunaan kesan khas itu dapat dikawal dari segi penggunaannya. Grafik komputer 3D ini juga adalah salah satu bidang kajian dalam bidang grafik komputer yang memanipulasikan model-model berangka atau objek tiga dimensi melalui komputer dengan teknik mencipta objek dan kemudiannya objek itu boleh diubahsuai dan digerakan. Istilah grafik komputer 3D juga digunakan bagi merujuk kepada imej-imej yang dihasilkan melalui model-model tersebut. Teknik atau kaedah perisian CGI juga menggunakan alat pengecatan komputer yang standart untuk mengecat bebingkai-bebingkai tunggal sebelum ianya digabungkan dan disimpan dalam output berbentuk video (www.wikipedia.com).


Merujuk kepada filem Cicakman (2006) arahan Yusry KRU, objek-objek yang direka dan digerakan melalui perisian atau teknik ini jelas dipertontonkan sewaktu babak superhero (merujuk kepada Cicakman) menjelir lidah dengan panjang sewaktu dalam tahanan Profesor Klon dalam bilik getah. Begitu juga dengan objek kipas yang menyedut salah seorang Mutan Profesor Klon sewaktu babak di mana superhero bergelut dengan Profesor Klon dan Mutan Profesor Klon.


Transisi dan kesan-kesan khas yang lain seperti morphing digunakan bagi pengubahsuaian imej-imej video yang sedia ada. Sebagai contoh, dalam filem Cicakman (2006) lokasi yang sebenar tetap digunakan melalui babak di mana sebuah lori terbalik. Lori berkenaan tidak wujud sewaktu penggambaran. Tetapi setelah teknik chromakey diaplikasikan melalui penggunaan green screen sewaktu penggambaran, objek lori yang direka dapat ditampal pada video berkenaan dan dilihat seolah-olah lori itu benar-benar kemalangan. Begitu juga dengan bangunan-bangunan yang terdapat di Putarajaya, visual bangunan diambil dan visual itu kemudiannya diubahsuai untuk menampakkannya seperti sebuah kota masa depan sepertimana yang Yusry KRU gambarkan untuk bandar Metrofulus melalui filem ini dengan mempunyai landasan keretapi ditengah-tengah bandar. Sama juga dengan shot sewaktu Hairi duduk di atas sebuah bangunan dengan memperlihatkan suasana Kota Metrofulus di waktu malam. Penggunaan green screen digunakan sebagai latar untuk babak ini yang dibuat di dalam studio.


Sama juga seperti set di mana pekerja-pekerja makmal lalu-lalang, pengubahsuaian set secara grafik direka dan diaplikasikan ke atas lokasi atau imej sedia ada bagi menampakkannya seolah-olah set itu dibina. Ketika saya bertanyakan soalan kepada Yusri KRU berkenaan pergerakan pelakon dalam ruang set bagi membolehkan teknik CGI diaplikasi dan diguna pakai sewaktu Wacana The Making Of dan Tayangan Promosi Filem Cicakman yang berlangsung di Dewan Sri Budiman, UiTM (18 September 2006), Yusri KRU menjawab dengan menyatakan bahawa ruang set berkenaan di tanda dan para pelakon yang berada di dalam ruang likup set itu diberi penjelasan dan taklimat mengenai tanda yang akan mewakili objek yang akan direka melalui kesan khas komputer grafik bagi membolehkan pelakon dapat berimaginasi seolah-olah objek berkenaan wujud ketika itu, walhal sewaktu pembikinannya tiada objek diletakkan di set berkenaan. Kawasan set yang ditanda kemudiannya akan direka secara grafik melalui teknik CGI sewaktu proses pasca produksi. Mood pelakon hendaklah real bagi membolehkan objek yang direka kelihatan benar-benar wujud apabila ditonton.


Penggunaan storyboard adalah penting untuk filem-filem yang menggunakan teknik CGI kerana storyboard digunakan sebagai rujukan secara detail melalui pengaplikasian ini. Konsep komputer animasi 3D juga diaplikasikan melalui filem Cicakman (2006) dengan paparan montaj animasi 3D, komik Cicakman pada pembukaan filem ini. Tekniknya ialah dengan ciptaan karikatur komik yang boleh diubahsuai dan digerakkan seterusnya animasi 3D yang lengkap terhasil.


Untuk pengaplikasian teknik CGI dalam filem, format video yang digunakan ialah high definition (HD) video. Pete Shaner dan Gerald Everett Jones (2005) menyatakan bahawa :


The video format nearly like 35mm (theatrical film is high definition (HD) video, which has four times as much detail as DV. There’s little doubt that, for its economy and high image quality, HDV will be the prefered format for low-budget future filmmakers.


Kita tidak boleh membandingkan Cicakman (2006) dengan produksi Hollywood kerana bajet mereka memang pukal dan teknologi yang digunakan tercanggih dan terlalu ke depan. Namun dengan mengambil kira bajet RM 2 juta untuk Cicakman (2006) kita seharusnya boleh berbangga kerana finishing filem ini kelihatan seperti filem berbajet RM 10 juta (Roslen Fadzil, 24 September 2006). Penggunaan format video HD memberi gambaran bahawa aplikasi dan teknik CGI yang digunakan untuk filem Cicakman (2006) turut berjaya walaupun berbajet rendah.


CGI berjaya diaplikasikan oleh Yusry untuk lebih 500 shots dalam Cicakman yang turut menggunakan kamera High Definition (HD). Shot on true HD, and the entensive use of CGI ,including 40% of content shot on green screen.


Cicakman promises the viewers a unique and memorable film. (www.cicakman.com)


Selepas beres penggambaran selama 35 hari tahun lalu, Cicakman kemudian diselitkan dengan special effects, penataan skor muzik dan dan kesan bunyi (sentuhan Edry KRU).


The elaborate production of the movie featured the involvement of a whole compendium of production components, including Motion Control, Costume design, stunts and rigging, scenic painting, set design, and host of other eye-opening elements, as well as 3D animation, compositing and a rousing music score. (www.cicakman.com)


Dari sini filem itu dibawa ke Siam Development Studio di Bangkok bagi menjalani proses colour grading serta penataan bunyi Dolby Surround 5.1, selain proses Kine Transfer iaitu satu proses di mana format HD dipindahkan kepada filem (Roslen Fadzil, 24 September 2006).


Secara kesimpulannya, penghasilan filem Cicakman (2006) yang menggunakan 90% teknik CGI dilihat sebagai pembaharuan yang berlaku dalam industri perfileman Malaysia. Percubaan berani daripada Yusry KRU dilihat berjaya dan beliau merealisasikan filem aksi komedi superhero dengan identiti sendiri walaupun pembikinannya ada persamaan dengan filem-filem Barat seperti Spiderman, Batman dan Superman. Pengisian teknik CGI ini secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa Sinema Malaysia mengalami pembaharuan dengan aplikasi teknologi berkomputer serba canggih yang berupaya mengubah wajah atau cara pembikinan sesebuah filem.


19 Oktober 2006.

Sunday, April 12, 2009

ALFRED HITCHCOCK : BAPA FILEM SERAM

Alfred Hicthcock, “Drama is life with the dull bits left out."


Bapa filem seram, Alfred Hicthcock dilahirkan dalam sebuah keluarga Katolik Kristian di Cockney, London pada 13 Ogos 1899. Nama sebenar Hicthcock ialah Alfred Joseph Hicthcock. Hicthcock ialah anak bongsu pasangan William dan Emma Hicthcock. Beliau mempunyai adik-beradik yang bernama William dan Ellen Kathleen. Mereka dibesarkan di Leytonstone, Timur London. Bapa Hicthcok meninggal dunia ketika usia Hicthcock 14 tahun. Beliau mendapat pendidikan awal di Jesuits’ St. Ignatius College sebelum menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di University of London. Hicthcock dikatakan sebagai seorang pelajar yang suka membaca, rajin ke kelas disamping mengambil bahagian dalam drama pentas (teater) dan skrin. Beliau merupakan seorang yang suka menulis dan membuat lakaran lukisan. Hicthcock mempunyai cita-cita tinggi. Daripada melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan sebagai kerjaya pertama, Hicthcock beralih angin ke syarikat pengiklanan dan bertugas sebagai pelukis.


Beliau kemudiannya memohon kerja sebagai production design di Famous Players-Lasky setelah terbaca akan iklan kerja kosong untuk studio yang baru di buka pada tahun 1920. Permohonannya diterima dan di sinilah bermulanya kerjaya Hicthcock sebagai pembikin filem sehingga umurnya mencecah usia 80 tahun. Sebelum bergelar pengarah filem pada tahun 1925, Hicthcock merupakan penolong pengarah ebih daripada tiga tahun. Sewaktu bergelar pengarah, Hicthcock tidak hanya tumpukan terhadap bidang pengarahan sahaja, malahan beliau juga memberi penumpuan dan penekanan serta mempelajari setiap aspek perniagaan filem (film business). Beliau juga pernah berkerja di German atas arahan syarikat produksi British dia antara tahun 1923 hingga 1925. Pada waktu ini, Hicthcock sudah pun menekan aspek penggayaan visual secara ekspresi (expressionic) dengan melibatkan pengarah-pengarah filem lain seperti Ernst Lubitsch, F.W Murnau dan Fritz Lang. Ketiga-tiga pengarah ini sama seperti Alfred Hicthcock yang meninggalkan negara sendiri untuk berkerja di Amerika Syarikat. Penggayaan visual secara ekspresi (expressionistic) yang diperkenalkan oleh mereka dikatakan sebagai pemangkin terhadap kemajuan industri filem dunia.


Menyentuh soal rumahtangga Alfred Hicthcock, beliau mempunyai isteri yang bernama Alma Reville iaitu seorang penyunting filem dan penulis skrip yang disanjungi. Beliau bertemu dengan Reville pada tahun 1921 dan menjalinkan ikatan pertunangan sebelum berkahwin pada Disember 1926. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Patricia, yang dikurniakan kepada mereka pada tahun 1928. Perkahwinan antara Hicthcock dan Reville bertahan sehingga Hictcock meninggal dunia pada 29 April 1980 di Los Angelas. Hicthcock mendapat kerakyatan warganegara Amerika Syarikat pada tahun 1955 sewaktu berhijrah ke sana setelah Perang Dunia II meletus di Eropah. Hicthcock dan Reville juga pernah bergabung dalam menghasilkan filem Shadow of a Doubt. Anak mereka Patricia berlakon dalam filem ini dan juga ada memegang watak sampingan dalam filem Psycho dan Starangers of a Train.


Hicthcock bergelar pengarah filem setelah mengarah filem pertama arahannya yang berjudul The Pleasure Garden pada tahun 1925 dan filem kedua yang berjudul The Lodger pada tahun 1926. Filem The Lodger (1926) merupakan kejayaan awal kariernya sebagai pengarah filem di England. Beliau juga adalah pengarah filem yang paling berjaya dan mendapat bayaran tertinggi di England. Sewaktu Perang Dunia II meletus, Hicthcock meninggalkan England dan berhijrah ke Amerika Syarikat. Filem pertama arahannya di Amerika ialah Rebecca (1940). Rebecca (1940) menang Anugerah Oskar (honourary Oscars) tetapi Hicthcock tidak berjaya menggondol Anugerah Pengarah Terbaik.


Di antara tahun 1950 hingga 1960, empat filem yang dianggap terhebat (masterpieces) daripada Hitchcock terhasil. Antaranya ialah Rear Window, Vertigo, North by Northwest dan Psycho. Filem Psycho arahan Hicthcock mendapat kritikan hebat oleh para pengkritik pada waktu itu kerana dikatakan membawa keganasan ke layar perak. Pada tahun 1955, setelah mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat, Hitchcock melancarkan Alfred Hitchcock Presents, iaitu sebuah rancangan televisyen yang popular. Dari tahun 1955 sehingga 1962, terdapat 20 produksi televisyen yang diarahkan oleh Hitchcock. Produksi yang paling berjaya ialah Alfred Hitchcock Presents, di mana Hitchcock juga bertindak sebagai hos. Alfred Hitchcock Presents telah meletakkan Hitchcock daripada seorang pengarah filem dan selebriti kepada seorang ikon. Sepanjang melibatkan diri dalam industri perfileman, Hitchcock bukan sahaja melibatkan dirinya dalam bidang pengarahan filem sahaja, tetapi beliau juga merupakan seorang penulis skrip dan produser. Hitchcock mengabdikan dirinya sebagai seorang penulis skrip, produser dan pengarah filem sehingga tahun 1979. Antara filem-filem terbaik beliau yang lain ialah The Birds, Marnie dan Family Plot.


Alfred Hitchcock memulakan kerjayanya sebagai pengarah filem apabila beliau mula mengarah filem pertamanya iaitu The Pleasure Garden (1925). Filem keduanya ialah The Lodger : A Story of The London Fog (1927), diikuti dengan Blackmail (1929) dan Murder (1930). Kedua-dua filem ini Hitchcock juga bertindak sebagai punulis skrip. Beliau seterusnya mengarah filem The Man Who Knew Too Much (1934), The 39 Steps (1935), Sabotage (1936), The Lady Vanishes (1938), Rebecca (1940), dan Shadow of The Doubt (1943).


Kemudian, bermula tahun 1946 hingga 1976, Alfred Hitchcock mula memegang dua peranan penting dalam pembikinan filem iaitu sebagai pengarah filem dan produser. Notorious (1946) adalah filem pertama Hitchcock sebagai pengarah dan producer. Diikuti dengan Stranger On The Train (1951), Rear Wndow (1954), The Man Who Knew Too Much (1956), Vertigo (1958), dan North By Northwest (1959). Pada tahun yang berikutnya, filem yang dianggap paling berhantu di dunia diarah dan diterbitkan oleh Hitchcock iaitu Psycho (1960). Selepas Psycho (1960), diikuti dengan The Birds (1963), Marnie (1964), Torn Curtain (1966), Frenzy (1972) dan Family Plot (1976).


Selama mengarah dan menerbitkan filem, Alfred Hitchcock berkhidmat dengan pelbagai studio filem di London mahupun Amerika Syarikat. Di London, antara studio-studio filem yang pernah Hitchcock berkhidmat ialah Studio Gainesborough, British International dan Gaumont British. Manakala di Hollywood pula, Hitchcock pernah berkhidmat dengan Studio Selznick, Universal, Warner Brothers, RKO Radio, First National, Paramount, dan MGM. Studio-studio yang digunakan oleh Hitchcock sewaktu bergelar penerbit dan pengarah filem ialah Studio RKO Radio, Warner Brothers, First National, Paramount, MGM, dan Studio Universal.


Pada awal tahun 1960an, Alfred Hitchcock telah menghasilkan dua buah filem horror yang dianggap sebagai perintis dan ikutan kepada pengarah-pengarah filem lain untuk mengolah filem horror mereka mengikut cara atau teori Hitchcock. Filem-filem horror Hicthcock yang menjadi kebanggaan dunia ialah Psycho (1960) dan The Birds (1963), walaupun pada awal tayangannya filem-filem ini mendapat kritikan yang dahsyat daripada pengkritik-pengkritik filem pada era itu. Filem horror merupakan filem yang menjadi kesukaan ramai pada awal tahun 1960 hingga awal tahun 1970, dan menarik perhatian pembikin-pembikin filem untuk mengarah filem-filem genre horror (http://members.aol.com/MG4273/hitch.htm). Pada era ini, pengarah filem seperti Peter Bogdanovich, William Castle, Roger Corman, Curtis Harrington, Seth Holt, Robert Aldrich dan Roman Polanski telah mengarah filem horror. Filem What Happened to Baby Jane (1962) dan Hush, Hush, Sweet Charlotte (1964) arahan Robert Aldrich serta filem The Power (1967) oleh Byron Haskin adalah contoh filem yang menggunakan teknik, teori atau pendekatan Hitchcock.


Alfred Hitchcock digelar sebagai ‘Bapa Filem Seram’ kerana beliau dengan beraninya memvisualkan babak-babak keganasan dan ngeri di layar perak. Hitchcocklah yang merupakan pelopor terhadap keganasan dan unsur ngeri pertama di layar perak sehingga mendapat kritikan hebat daripada para pengkritik pada era itu sebelum filem Psycho (1960) arahannya dikatakan sebagai filem horror unggul. Akibat daripada keterbukaan yang dibuat oleh Hitchcock, maka penerbit dan pengarah filem lain mula berani untuk menerbitkan filem-filem yang berunsur ganas dan ngeri seperti The Godfather (1972) dan Deliverance (1972).


Adapun pengarah yang cuba mengarah filem Psycho yang asal mengikut kehendak semasa dengan dibintangi pelakon-pelakon terkini dan teknik pemvisuallan yang canggih tetapi ianya tidak berjaya seperti mana filem Psycho (1960) arahan Alfred Hitchcock. Psycho Hitchcock masih terbaik walaupun ada pihak yang ingin mencuba untuk membuat perubahan terhadap filem tersebut.


Hictchcock adalah seorang pembikin filem yang cuba mempertengahkan unsur dramatik dalam isu psychopatic dan expressionisme. Semuanya diolah bagi mendapat kesan emosi terhadap penonton. Hitchcock dalam Braudy (1968) menyatakan bahawa :


“The construction of the story and the way in which it was told caused audiences all over the world react and become emotional.”


Tujuan Hitchcock berbuat begitu kerana beliau ingin memusnahkan jurang yang mengasingkan filem dengan penonton. jadi, dengan teknik ini penonton atau pengikut Hitchcock akan lebih menjiwai naratif yang dipersembahakan oleh Hitchcock kepada mereka. Hitchcock juga mempercayai bahawa unsur tingkahlaku psikologi akan membawa kebenaran yang mutlak untuk filem-filemnya.


Hitchcock (BrainyQuote.com,2004) dalam Ibrahim Jamaluddin menyatakan bahawa :


“In feature films the director is God…”


Mungkin inilah falsafah Hitchcock dalam menghasilkan filem-filemnya. Filem adalah medium komunikasi. Jadi, Hitchcock cuba untuk berkomunikasi dengan penontonnya dengan menunjukkan kebenaran keganasan dan unsur ngeri di dalam filem-filem arahannya supaya penonton dapat menghargai kelakuan atau sifat yang dikurniakan.


Stanton Peele (http://www.peele.net/lib/hitch.html, 1986) menyatakan bahawa Alfred Hitchcock merupakan seorang yang berdisiplin, berkerja keras dan mempunyai jiwa untuk penonton atau pengikutnya supaya mereka memahami dengan apa yang beliau visualkan. Walaupun sudah melebihi enam dekad yang berbeza, filem-filem Hitchcock sehingga kini masih diterima untuk tontonan dan juga kajian. Lebih-lebih lagi filem-filemnya yang dianggap masterpieces seperti Rear Window (1954), Vertigo (1958), North By Northwest (1959) dan Psycho (1960).


Alfred Hitchcock adalah tokoh terkemuka dalam penghasilan filem-filem horror. Jadi tidak hairanlah sekiranya ada filem-filem horror yang dihasilkan oleh pengarah-pengarah filem sekarang yang mempunyai teknik atau gaya persembahan yang sama seperti Hitchcock. Ini kerana Hitchcock sentiasa berada dalam bayangan mereka dan ‘Bapa Filem Seram’ inilah merupakan idola mereka dalam penghasilan cerita-cerita horror.


4 Oktober 2006.

FILEM DI TELEVISYEN

Mansor Ahmad Saman dalam Mohamad Md. Yusoff (1993), menyatakan pendapatnya bahawa:


Televisyen boleh kita gunakan untuk memancarkan dengan meluas budaya kita, cara hidup kita, perkembangan dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat kita, sejarah bangsa dan budaya kita, amnya dan ideal masyarakat kita dan daya cipta kreatif masyarakat.


Stesyen televisyen mempunyai hak dan kuasa untuk menetapkan rancangan dan program untuk penonton. Di Malaysia, terdapat tujuh buah stesyen televisyen. Stesyen-stesyen televisyen tempatan ialah Astro, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mempunyai dua stesyen TV iaitu TV1 dan TV2, serta TV3, 8TV, NTV7 dan Channel 9 di bawah Media Prima Berhad dan MiTV. Stesen-stesyen televisyen ini sentiasa bersaing untuk mendapat jumlah penonton tertinggi untuk sesuatu program atau rancangan yang disiarkan. Stesyen televisyen mempunyai slot tayangan filem sama ada tayangan filem-filem tempatan mahupun antarabangsa.


Filem-filem yang disiar atau ditayangkan di televisyen lebih menjurus kepada filem popular (komersial) berbanding dengan filem seni (artistik) dan stesyen televisyen pula meraih untung daripada menyiarkan filem-filem berkenaan. Hal yang demikian amat membimbangkan kerana ianya akan melemahkan pemikiran penonton dan seterusnya penonton terdidik dengan satu budaya pemikiran ringan serta pemikiran mereka tidak berkembang sekiranya filem-filem yang berunsurkan pemikiran atau ideologi dipersembahkan kepada mereka.


Definisi Filem hanya merupakan bahantara seni gambar bergerak yang sekadar memapar luaran sahaja. (Adman Salleh, 2004)


Filem adalah sebuah medium komunikasi yang menterjemahkan skrip (naratif) kepada bentuk visual dengan harapan mendidik masyarakat melalui imej, persoalan dan mesej-mesej yang terkandung dalam sesebuah filem. Melalui filem, komunikasi akan terjalin antara penonton dengan visual yang diterjemahkan oleh pengarah filem ke layar kerana ianya adalah sebuah medium yang menterjemahkan idea komunikasi. Apabila penonton mulai faham akan mesej yang disampaikan, maka komunikasi antara penonton dengan visual akan terjalin. Menonton filem adalah budaya hiburan yang popular. Penonton tidak perlu ke pawagam semata-mata untuk menonton filem. Kini, penonton boleh menikmati atau menonton sesebuah filem melalui medium-medium penyampai yang lain seperti televisyen, pita video, cakera padat (VCD) atau DVD di rumah.


Para sarjana mendefinisikan filem sebagai sebuah medium komunikasi yang menterjemahkan visual merangkumi bahasa (dialog) dengan perbuatan, pergerakan dan ekspresi. Visual yang diimejkan secara tidak langsung akan menggantikan bahasa (dialog) dengan perlakuan atau perbuatan. Dalam kata lain, filem adalah pergerakan imej yang terbentuk pada skrin atau layar seluloid melalui bantuan projektor (Ron Johnson dan Jan Bon, 1986). Filem adalah sebuah medium yang menghubungkan komunikasi antara pembikin filem dengan penonton. Apabila penonton menonton filem secara tidak langsung mereka akan mendapat input melalui imej dan mesej-mesej yang disampaikan melalui layar. Filem juga dibahagikan kepada tiga jenis iaitu filem arus perdana (cereka), filem dokumentari dan filem animasi. Filem arus perdana adalah filem kegemaran dan pilihan ramai kerana ianya berunsurkan hiburan.


Pentakrifan filem dari segi naratif, filem dianggap sebagai seni rekaan. Filem, tidak dirujuk sebagai bahan atau cara melakukannya. Perkataan filem itu sendiri sudah menjadi generic term. Apa-apa cerita yang divisualkan boleh dikategorikan sebagai filem sama ada untuk tayangan di pawagam mahupun di televisyen kerana yang membezakannya ialah format teknik rakaman. Perkataan filem ini boleh digunakan walaupun cerita itu dibikin atau divisualkan melalui format video mahupun filem. Filem juga ditakrifkan sebagai produk atau seni plastik yang dihasilkan melalui rakaman kerana melalui produk filem pengkarya yang merujuk kepada karyawan memberi nama atau judul filem untuk sesebuah drama cerita rekaan atau cereka (dramatic feature) (Prof. Dr. Hatta Azad Khan, 28 Mac 2006).


Mengkaji psikologi manusia, sememangnya naluri manusia suka kepada perkara-perkara yang menghiburkan dan meriangkan (A.Razak Mohaideen, 2004). Filem arus perdana dilihat sebagai filem yang menepati citarasa penonton. Melalui filem arus perdana, penonton dapat memilih jenis-jenis atau genre filem yang ingin ditonton. Terdapat pelbagai genre untuk penerbitan sesebuah filem. Antaranya ialah genre horror, science fiction, drama, melodrama, noir, western, perang, epik, komedi, muzikal, pengembaraan, kung-fu, gangster dan fantasi (Ayu Haswida Abu Bakar, Nota Kuliah, 31 Disember 2003). Kadang-kala penerbit atau pengarah akan menggabungkan beberapa genre bagi mempelbagaikan kisah dan tragedi dalam filem. Maka, terciptalah sub-genre filem seperti genre komedi romantik, naratif komedi, psiko seram, drama muzikal dan banyak lagi.


Menonton filem dan televisyen adalah budaya popular. Filem dan televisyen serta budaya popular adalah saling memerlukan. Budaya popular memerlukan medium filem dan televisyen dalam mempopularkan sesebuah budaya pop atau popular. Manakala, filem dan televisyen adalah medium penyampai budaya popular kepada penonton dan masyarakat. Diana Kendall (2000) menyatakan bahawa :


Popular culture consists of activities, products and services that are assumed to appeal primarily to members of the middle and working classes, including rock concerts, spectator sports, movies and television soap operas and situation comedy.


Budaya pop atau popular adalah budaya yang dicipta untuk tujuan perdagangan. Bagi mencapai sebaran ini, filem dan televisyen adalah medium yang bertepatan dalam mencapai matlamat ini supaya sampai kepada semua lapisan masyarakat. Mohamad Md. Yusoff (1993) menyatakan bahawa salah satu ciri utama budaya popular ialah sifatnya yang mempunyai penonton yang pelbagai dan berada di merata tempat dengan cara hidup, kepercayaan dan citarasa yang berbeza.


Budaya popular memerlukan televisyen untuk menyampaikan mesejnya kepada masyarakat, begitu juga dengan televisyen yang memerlukan bilangan penonton yang tinggi. Dalam konteks ini, jelas menunjukkan bahawa filem di televisyen berupaya menarik minat penonton untuk menonton. Stesyen televisyen juga berupaya menarik ramai penonton untuk menonton filem-filem yang ditayangkan. Dengan menyiarkan filem di televisyen, penonton secara tidak langsung akan menikmati hiburan yang agak murah jika dibanding dengan harga tiket yang akan dibeli oleh mereka untuk menonton filem di pawagam. Perkara ini secara tidak langsung akan mengurangkan jumlah penonton menonton filem di pawagam. Penonton sudah pasti akan memilih televisyen kerana ianya jauh lebih murah dan menjimatkan masa. Filem di televisyen yang ditonton oleh mereka sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk tinggal di dalam rumah dan berhibur bersama ahli keluarga dan berupaya mengeratkan hubungan kekeluargaan. Fenomena ini akan mencetuskan sebuah budaya popular dikalangan masyarakat.


Budaya popular yang dimaksudkan bukan sahaja melibatkan pemaparan budaya pop melalui visual yang ditayangkan malahan menonton filem di televisyen sudah memberi cetusan budaya terhadap masyarakat. Jika tontonan filem melalui televisyen sudah menjadi satu budaya terhadap masyarakat, stesyen televisyen haruslah memainkan peranan terpenting dalam memilih filem-filem yang berkualiti sejajar dengan budaya popular yang telah tercetus ini. Budaya popular yang wujud mempunyai pro dan kontranya. Andainya populariti yang disandarkan maka budaya tidak sihat akan menular dikalangan masyarakat dan jika kualiti yang ditekankan maka penonton akan menikmati sebuah budaya yang akan mengubah cara pemikiran, kepercayaan dan cara hidup yang membimbing ke arah masyarakat yang berpendidikan dan penuh dengan unsur-unsur perpaduan dan pembangunan.


Livingstone, Sonia (1998) menyatakan bahawa :


Television may play a restructuring role for viewer’s cognition. In other words, through their narrative requirements for consistency, coherences, and redundancy, programmes may organise people’s beliefs and frames of thinking in specific, robust, often simplified ways, creating dichotomies and oppositions, forming association and connotation, not previously used by the viewers.


Televisyen adalah medium yang berpengaruh terhadap penonton. Sebagai sebuah medium yang bersifat mempengaruhi, stesyen televisyen mestilah memainkan peranan penting dalam menyajikan bentuk atau jenis filem melalui slot yang disediakan. Stesyen TV juga tidak seharusnya tunduk terhadap tuntutan komersial sahaja, tetapi perlu menilai semula filem-filem yang dipilih demi memupuk budaya berfikir dan intelek dikalangan penonton tempatan. Masyarakat Malaysia kurang membaca, jika sajian filem ‘sampah’ dipertontonkan maka ‘sampah’ juga yang dihasilkan melalui pemikiran masyarakat. Jadi, sebagai bahan atau medium yang menyampaikan ideologi-ideologi tertentu stesyen TV mestilah menyajikan filem-filem seni, kreatif dan tinggi nilai kualitinya agar mampu mengubah persepsi, budaya berfikir dan tingkahlaku masyarakat penonton. Menurut Mastura Muhammad (2005) :


Aktiviti menonton tidak sekadar menonton sebaliknya membaca dan mengkritik.


Filem di televisyen merupakan salah satu proses menganjurkan penonton terhadap pandangan dan pendapat bagi mengkritik dan menyatakan pandangan terhadap apa yang ditonton. Filem yang perlu ditonton adalah filem yang memaparkan aspek propaganda, ideologi politik, ekonomi, sosial, budaya, keagamaan dan kepercayaan sesebuah bangsa dan negara. Aspek ini adalah perlu bagi memperluaskan proses berfikir di kalangan masyarakat penonton kerana menurut Azim Syafi (2004), filem ialah cermin budaya sesuatu bangsa yang membawa imej negara. Jadi, karyawan filem, pembiaya dan stesyen TV tempatan hendaklah mengubah cara pemikiran dalam membikin atau memilih filem untuk televisyen yang mempunyai mesej dan maklumat, pengajaran dan pembangunan minda masyarakat kerana filem adalah lambang identiti nasional sesebuah negara. Halloran (1970) dalam Livingstone, Sonia (1998) menyatakan bahawa :


Television may provide viewers with ‘pictures of the world, the definitions of the situation and problems, the explainations, alternative remedies and solutions’.


Sebagai satu budaya popular, menonton filem di televisyen perlu dilihat dari sudut pandangan budaya. Filem di televisyen bukan sahaja untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi melihat atau menonton filem itu sebagai pemaparan sosial, ideologi dan sikap yang cuba disampaikan kepada penonton.


28 April 2006.

MEMARTABATKAN PERPADUAN MELAYU DARI KONTEKS KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Mukadimah
Salah satu daripada tujuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ditubuhkan ialah untuk menjaga dan memartabatkan kesucian agama Islam, kesenian dan kebudayaan Melayu. Perkara atau tujuan ini secara rasminya termaktub di dalam Perlembagaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (Bahagian 5.5.3). Timbulnya perkara atau tujuan untuk menjaga dan memartabatkan kesucian agama Islam, kesenian dan kebudayaan Melayu ini adalah kerana Pertubuhan atau GPMS sedar bahawa perkara atau tujuan ini dapat menyatukan dan meningkatkan darjat bangsa Melayu.

Kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006-2010), memperakui bahawa peranan budaya dan seni mampu menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat perpaduan serta mempertingkatkan kualiti hidup melalui penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan, malah turut mewujudkan kesedaran dan penghayatan yang lebih baik terhadap kekayaan warisan budaya negara.

Definisi
Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan perpaduan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan, dan perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat dan lain-lain), persatuan, manakala keutuhan bermaksud perihal (sifat,keadaan) utuh.

Perkataan perpaduan menurut Haji Mohd Shahrir Haji Abdullah (http://www.islam.gov.my/erujukan/lihat.php?jakim=482) berasal daripada perkataan padu iaitu mampat, pejal dan padat. Perpaduan juga bermaksud penggabungan. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Menurutnya lagi, lawan bagi perpaduan ialah permusuhan, kehancuran dan perpecahan. Jadi, perpaduan dari segi tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu makruf manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu mungkar.

Dalam pengertian yang lain, perpaduan bererti hubungan erat yang bersifat toleransi bagi mencapai matlamat secara jujur dan ikhlas. Perpaduan juga adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat bagi membentuk satu identiti dan menanamkan perasaan cinta dan banggakan negara.

Perkataan Melayu menurut Van Der Tuuk bererti penyeberang. Hollender menyatakan bahawa Melayu sama seperti pengembara. Melayu itu berasal dari Negeri Persia yang dikenali sebagai Mahaluyah. Perkataan Melayu diambil sempena nama pokok iaitu gaharu, kata Darus Ahmad. Begitulah pendapat dan andaian para sarjana dan pengkaji mengenai perkataan dan asal-usul Melayu. Perlembagaan Malaysia Fasa 110.89(6) merumuskan bahawa Melayu adalah mereka yang berbangsa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan budaya Melayu. Ditafsirkan juga bahawa sesiapa yang berketurunan Melayu tetapi tidak mengikut nilai-nilai Melayu, mereka ini tidak tergolong sebagai bangsa Melayu (Nota Kuliah Kesenian Melayu, 2001).

Kesenian adalah sesuatu produk, pertunjukan atau persembahan, benda atau apa-apa yang berseni yang memiliki ciri-ciri estetika, keindahan atau kecantikan. Kesenian lahir dari sentuhan nuansa atau nurani yang mendalam. Ianya dihasilkan untuk meninggalkan kesan kepada nurani orang lain. Seni daripada Ensiklopedia Indonesia menterjemahkan seni sebagai jelmaan rasa indah yang terkandung dalam jiwa manusia, dilahirkan dengan perantaraan alat komunikasi ke dalam bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera pendengaran (seni suara), penglihatan (seni lukis) atau dilahirkan dengan perantaraan gerak (seni tari atau drama) (Abdurrahman Al-Baghdadi, 2005).

Budaya akan wujud dengan adanya kelompok bangsa atau kaum. Kebudayaan tercetus apabila budaya sesuatu bangsa itu mempunyai nilai peradaban yang tinggi dalam sesuatu tamadun. Dalam kebudayaan terdapat empat komponen penting iaitu fikiran atau idea (contoh : falsafah, mitos, lagenda, sastera, kepercayaan, bahasa dan lain-lain), kebendaan (contoh : seni bina, perkakasan, teknologi, perubatan dan lain-lain), kesenian (contoh : seni lakon, tarian, nyanyian, seni visual, lukisan dan lain-lain), nilai dan norma (contoh : undang-undang, adat resam, perlakuan, kesopanan dan kesantunan, nilai-nilai keagamaan, pantang larang dan lain-lain).

Perpaduan Melayu
Perpaduan antara Melayu dengan Melayu adalah penting dalam mencapai kesepakatan dan kesatuan bangsa yang disegani. Perlunya perpaduan antara Melayu dengan Melayu adalah kerana keteguhan bangsa Melayu membolehkan Melayu maju dalam pelbagai lapangan disamping menikmati kehidupan aman dan bebas daripada ketakutan.

Perpaduan bukan sesuatu yang sukar untuk digapai. Perpaduan Melayu boleh dicapai melalui kesenian dan kebudayaan. Bangsa Melayu yang inovatif dan kreatif mampu untuk mengeratkan perpaduan yang utuh disamping menjadi bangsa yang berbudaya tahan dan mempunyai moral awam yang yang teguh. Akan tetapi, bagi mencapai perpaduan ini bangsa Melayu tidak terlepas daripada rintangan dan halangan. Rintangan dan halangan ini ada yang berpunca dari Melayu itu sendiri dan tidak kurang juga yang datang dari luar.

Sifat sombong adalah sifat yang perlu dikikis oleh bangsa Melayu. Sifat ini adalah penghalang utama seseorang untuk menerima pendapat atau buah fikiran orang lain dan ianya mendorong ke arah keretakan dan perpecahan. Selain itu, Melayu perlu buang sikap menyebarkan hal atau keburukan orang lain. Perbuatan ini akan menggagalkan perpaduan. Sesungguhnya tidak ada sesiapa pun yang mahu keburukan atau masalah yang dihadapi dicanang atau disebar kepada khalayak umum.

Bagi mencapai perpaduan bangsa Melayu yang utuh, Melayu perlulah berpegang teguh kepada agama, mengamalkan nilai-nilai murni, memelihara dan menjaga maruah diri, bertatasusila dan berdisiplin, bersatu padu dan bertoleransi, prihatin, dan cintakan keamanan dan pendamaian.

Perpaduan bangsa Melayu akan terbentuk dengan adanya kesedaran. Apabila Melayu mulai sedar, segala pembentukan dan perlasanaan pelbagai agenda Melayu mudah digerak dan dirancang. Ini kerana kesedaran akan membawa kepada usaha yang bersungguh-sungguh dalam mencapai objektif strategi, matlamat, program dan aktiviti.

Kesenian dan Kebudayaan Mengeratkan Perpaduan
Apabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang yang membawa kepada hiburan. Pemikiran konvensional sebegini menghalang kita daripada meneroka kesenian dan kebudayaan Melayu dengan lebih mendalam lagi, sedangkan sedar atau tidak pemikiran ini telah membuatkan Melayu kian lupa akan kesenian dan kebudayaan bangsa sendiri.

Kesenian dan kebudayaan mendapat atau menghadapi kekangan kerana apabila menyentuh soal Melayu, secara automatiknya atau majoritinya adalah beragama Islam. Apabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, persoalan yang timbul ialah adakah Islam mengharamkan kesenian dan kebudayaan secara total? Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi (2005) dalam tulisannya mengenai Seni dan Hiburan Dalam Islam menyatakan bahawa perkara-perkara yang melibatkan seni dan budaya dibolehkan selagi perkara-perkara tersebut tidak melalaikan dan tidak bertentang dengan tuntutan agama Islam. Katanya lagi, seni dan budaya akan mengurangi keimanan dan memasukkan seseorang ke lembah kelalaian dan seterusnya menjadi haram adalah disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri yang berlebih-lebihan sewaktu menikmati keindahan sehingga menyebabkan kenikmatan yang dinikmati itu bertentangan dengan tuntutan Islam.

“‘Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan’ Inilah prinsip yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada sahabatnya.” (Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, 2005)

Imam Al-Ghazali dalam ulasannya yang dipetik daripada kitab Ihya’ menyatakan bahawa Allah mengurniakan manusia akal dan pancaindera di mana tiap-tiap pancaindera itu ingin menikmati sesuatu yang menurut naluri masing-masing. Umpamanya pelihat (penonton atau khalayak), ingin menikmati sesuatu yang cantik, pendengar pula ingin mendengar suara yang merdu dan berirama. Jadi tidaklah diterima akal bahawa semua perkara yang melibatkan kesenian dan kebudayaan dilarang Allah kerana Allah telah menjadikan pancaindera untuk tidak digunakan sewenang-wenangnya. Ianya hendaklah dikawal dan disalurkan kepada jalan yang baik (Prof. H.M Toha Yahya Omar M.A, 2002).

Islam juga tidak menolak bahawa persembahan kesenian dan kebudayaan ada yang bersifat kemasyarakatan. Persembahan sebegini melambangkan kekuatan kerjasama kelompok dan perwujudan saling hormat-menghormati, sesuai dengan tradisi masyarakat tersebut. Kesenian dan kebudayaan yang dipersembahkan merupakan ekspresi suatu gagasan, emosi dan kisah (Abdurrahman Al-Baghdadi, 2005).

Menyentuh perpaduan Melayu melalui kesenian dan kebudayaan, dilihat bahawa program atau upacara yang berkait rapat dengan kesenian dan kebudayaan mampu mewujudkan persefahaman dan kekuatan kerjasama sesama kita. Kesenian dan kebudayaan masyarakat atau bangsa Melayu bukan sahaja tinggi nilai estetikanya dalam seni drama tari sahaja (merujuk kepada persembahan Mak Yong yang merupakan seni budaya yang originalitinya dari Malaysia) malahan keindahannya juga dapat dilihat melalui seni tari, seni suara, lukisan, seni hiasan dan fesyen, dan filem Melayu dan sebagainya.

Kesemua kesenian dan kebudayaan yang disebutkan di atas sememangnya mampu memperkukuhkan perpaduan bangsa Melayu sekiranya penglibatan secara serius dan bersungguh-sungguh melalui medium ini dilakukan. Ini kerana, aktiviti-aktiviti dan program-program yang melibatkan kesenian dan kebudayaan memerlukan penglibatan lebih daripada seorang bagi menjayakan. Dengan penglibatan menjayakan aktiviti-aktiviti dan program-program sebegini bangsa Melayu akan lebih bersatu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti dan program-program sebegini secara tidak langsung akan menganjurkan perpaduan bangsa kita melalui aktiviti bergotong-royong, bertukar-tukar pendapat atau idea serta persefahaman dan persepakatan. Sesuatu pertunjukkan atau persembahan kesenian dan kebudayaan akan berjaya dengan adanya sifat-sifat yang dinyatakan. Jadi, jelaslah bahawa penganjuran aktiviti-aktiviti dan program-program sebegini mampu memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

“Kita perlu ada identiti sendiri untuk masyarakat dunia mengenali kita”, begitulah teguran yang disuarakan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang mengingatkan karyawan filem tempatan untuk supaya tidak menghasilkan karya yang bercanggah dengan agama walaupun sesuatu filem itu tidak semestinya mempromosikan agama (Akmal Abdullah, 12 Jun 2008). Dr. Asri juga mahukan imej filem Melayu seharusnya mempunyai pemikiran yang besar, berbangga dengan jati diri bangsa sendiri dan lebih penting mempunyai ciri kebudayaan dan jiwa sebagai orang Melayu yang berpegang kepada nilai norma dan jati diri Malaysia.

Bangsa Malaysia ialah pelbagai kaum yang diterajui dengan kebudayaan Melayu dan kita perlu berkongsi budaya bagi mempamerkan jati diri kita yang sebenar. Untuk maksud filem Melayu, ia menyentuh mengenai pembikinan filem yang bercakap mengenai sikap, keperibadian, peradaban, jiwa dan cara Melayu berfikir. Melalui filem, umat Melayu patut berbangga kerana Dasar Perfileman Negara meletakkan Bahasa Melayu sebagai imej filem Malaysia. Di sinilah kejayaan bangsa Melayu sekiranya perpaduan antara kita sentiasa erat dan kukuh.

Kesimpulan
Sesungguhnya perpaduan adalah penting bagi bangsa Melayu kerana melalui perpaduan ianya boleh menentukan kejayaan umat dan negara. Maka melalui kesedaran ini, kita hendaklah sentiasa memupuk kesedaran bangsa kita supaya menghargai nilai perpaduan serta berusaha untuk memelihara dan memperelokkannya. Kita juga mesti sentiasa mengingatkan bangsa kita supaya menjauhi dan mengelak daripada gejala-gejala yang boleh mencemarkan maruah bangsa dan berpecah-belah serta bermusuhan sesama kita.

Perpaduan Melayu melalui kesenian dan kebudayaan bukan sahaja mampu untuk menyatupadukan Melayu malah kesenian dan kebudayaan adalah satu bidang yang profesional yang dapat menyumbang ke arah menjana pendapatan negara sekiranya kita amat bersungguh-sungguh dan ikhlas memperjuangkan perpaduan melalui kesenian dan kebudayaan bangsa kita sendiri.

Oleh itu, bangsa Melayu perlulah sedar dan berusaha dengan gigih serta teratur dalam memartabatkan perpaduan yang dikecapi pada hari ini terpelihara selamanya malahan lebih baik daripada apa yang dicapai pada hari ini.

Rujukan
Abdurrahman Al-Baghdadi. (2005). Seni Dalam Islam : Vokal, Muzik dan Tari. Semenyih : Synergymate Sdn. Bhd.

Adib Anas. Nota Kuliah Kesenian Melayu. 2002.

Akmal Abdullah. (2008, 12 Jun). Mufti Perlis Hentam Karyawan Filem Melayu. Berita Harian.

http://www.islam.gov.my/erujukan/lihat.php?jakim=482

Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perlembagaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Kuala Lumpur : Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi. (2005). Seni dan Hiburan Dalam Islam. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers.

Prof. H.M Toha Yahya Omar M.A. (2002). Haramkah Muzik,Menyanyi dan Menari : Suatu Analisis ‘Hukum Seni Muzik, Seni Suara dan Seni Tari Menurut Islam’. Semenyih : Synergymate Sdn. Bhd.


Kertas kerja MEMARTABATKAN PERPADUAN MELAYU DARI KONTEKS KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ini telah dibentangkan sewaktu Konvensyen Perpaduan Melayu Pulau Pinang 2008 anjuran GPMS Cawangan Bukit Mertajam, pada 2 Ogos 2008 di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pianng.

NO. KEAHLIAN 001 : TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD KEMBALI KE GAGANG

Bagai sirih pulang ke gagang, itulah ungkapan yang sesuai untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad. Setelah lebih kurang setahun meninggalkan UMNO, beliau kini kembali kepangkuan parti yang pernah diperjuangkannya dulu.

Saya menyifatkan Dr. M sebagai seorang yang 'kering hati'. Jika beliau membuat keputusan beliau tidak akan berganjak dan berdiri dengan keputusannya biarpun ramai yang mengkritik hebat keputusannya. Sifat 'kering hati' perlu ada dalam setiap hati pemimpin terutamanya siapa yang bergelar Perdana Menteri. Ini kerana, PM adalah nakhoda yang bakal mengemudi kapalnya. Jika anak-anak kapal ingkar / malas dan sebagainya, mereka perlu menerima hukuman demi menjaga anak-anak kapal yang lain. Sifat ini juga dapat mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh idea lain.

Kemasukkan semula Tun ke dalam UMNO sememangnya dinantikan. Kini, Tun mengotakan janjinya. Ramai kenalan saya yang mengatakan bahawa Tun sebagai 'muka tak malu masuk balik UMNO' setelah beliau dengan lantang mengkritik Tun Abdullah sewaktu Tun Abdullah menjawat jawatan PM.

Saya tidak memihak kepada Tun, dan tidak pula mengkeji Abdullah. UMNO dan BN seharusnya melantik Tun sebagai Penasihat UMNO dan BN sebaik sahaja Tun melepaskan jawatan PM Ke-4. Ini kerana Dr. M mempunyai idealism baru yang bernas untuk kegunaan masa hadapan. Tun Abdullah sepatutnya berbuat demikian. Lihat apa yang telah jadi kepada UMNO dan BN setelah saban hari rakyat menolak parti ini.

Kita patut bersyukur kerana Tun Dr. M masih sihat. Sesekali terfikir, ada baiknya Tun Mahathir lepas jawatan awal. Sekiranya beliau meninggal dunia dalam jawatan, apa akan jadi pada agama, bangsa dan negara. Abdullah yang 5 tahun sebagai PM telah macam-macam jadi. Nasihat Tun tak mahu dengar, tolak Tun untuk majlis tertentu. Sekarang, kesusahan dan kepayahan bakal ditanggung oleh DS Najib.

Sekurang-kurangnya pendapat/kritikan/nasihat Dr. Mahathir diambil perhatian. Biarlah orang kata Dr. M 'nyanyuk' tetapi mana ada lagi negarawan yang bernas akalnya.

Pulangnya Dr. M dalam UMNO diharapkan akan membawa pembaharuan dan kegemilangan UMNO dikembalikan. Saya amat pasti bahawa Tun M akan berbuat sesuatu untuk bangsanya. Walaupun sewaktu pemerintahan Tun sebagai PM mendapat cacian dan kejian, tetapi Malaysia telah cemerlang dengan pacuan Tun.

Saya amat mengalu-alukan penyertaan semula Tun dan isteri dalam UMNO. Saya berharap agar DS Najib memberi peluang kepada Tun untuk memberi idea dan cadangan bagi memulihkan UMNO dan BN, disamping memulihkan keadaan ekonomi Malaysia.


Rabu, 8 April 2009.