Monday, June 20, 2011

...Sahabat, Kawan, Rakan, Teman...

Ingin aku kongsikan secebis rasa hati mengenai istilah "sahabat", "kawan", "rakan", "teman" dan seangkatan dengannya.

Istilah atau gelaran ini seringkali digunakan dalam pelbagai situasi bagi menunjukkan rasa hormat dan setiakawan. Antaranya :

  1. Sahabat dunia akhirat.
  2. Kawan baik.
  3. Rakan sekerja.
  4. Teman persekolahan.
  5. Kawan ketika bergembira/senang.
  6. Kawan ketika bersedih/susah.
  7. Kawan susah dan senang.
  8. Rakan serumah.
  9. Teman hidup.

Sahabat dunia akhirat, kawan baik dan kawan susah senang adalah gelaran bagi mereka yang saling mengenali hati budi masing-masing, pernah susah payah bersama dan mengharungi apa jua liku-liku kehidupan bersama sepanjang tempoh berkawan. Gelaran ini lebih kepada kehidupan berkawan yang positif disamping menyumbang segala idea / semangat yang baik bagi membentuk peribadi yang mulia serta saling bantu-membantu tanpa mengenal erti wang ringgit, penat lelah, hujan dan panas. Tiada kutuk-mengutuk, sifat hasad dengki dan iri hati dalam perhubungan ini. Mereka sangat jujur dan selesa bila bersama.

Rakan sekerja adalah rakan yang berkerja bersama di bawah satu bumbung. Tidak kira sama ada di bawah satu pengurusan atau sebaliknya. Pelbagai kerenah rakan sekerja yang ditemui. Ada di antara mereka yang saling inginkan pujian dan penghargaan. Ada juga yang memerlukan perhatian. Ada pula yang mempunyai sifat iri hati, hasad dengki dan dendam serta tidak boleh melihat rakan lain bahagia dan mengecapi kesenangan. Ada diantara rakan sekerja yang sangat jujur dalam berkawan dan sering memberi nasihat untuk kebaikkan. Tetapi ada juga yang boleh menjadi 'jarum' dalam meletuskan perbalahan dan keruntuhan seorang rakan yang lain.

Teman persekolahan akan mengimbau kita di zaman waktu bersekolah. Mulalah pelbagai cerita lucu terpancul tiap kali lepak bersama. Masing-masing akan membuka satu memori ke satu memori untuk dikongsi bersama. Teman persekolahan belum tentu pasti membahagiakan. Pelbagai reaksi berbeza jika ditanya kepada satu persatu. Teman persekolahan boleh mengundang kepada istilah sahabat dunia khirat, kawan baik, kawan susah dan senang, rakan sekerja, teman serumah dan sebagainya malah ada juga yang bakal mengundang kepada kesakitan.

Kawan ketika senang sangatlah ramai. Tetapi rakan ketika susah sangat sukar di cari. Ketika senang, kebanyakkan rakan-rakan akan muncul demi menumpang kesenangan seseorang. Rakan yang tidak pernah muncul tiba-tiba akan muncul dalam situasi yang tercipata. Apabila jatuh susah, kawan-kawan akan hilang dan tidak mahu hulurkan bantuan.

Rakan serumah adalah istilah kepada mereka yang tinggal sebumbung dan menginap di unit yang sama. Ada rakan serumah yang baik dan sering memberi dorongan dan nasihat positif kepada rakan yang lain. Ada juga yang akan memberi dorongan dan nasihat negatif kepada rakan yang lain. Baik kerana mereka serumah, tetapi hati manusia tiada siapa yang tahu. Kadang-kala ada rakan serumah yang mempunyai sifat iri hati dan menggagalkan niat rakan serumah yang lain dalam apa jua situasi bagi meregut kebahagiaan. Tapi, masih ada yang mempunyai sifat setiakawan yang kukuh dan memberi dorongan positif kepada rakan lain.

Teman hidup adalah istilah paling sejati. Apabila sudah ada perjanjian yang diikuti dengan ikatan sah, maka mereka memilih jalan terbaik untuk hidup bersama serta sanggup mengharungi apa jua halangan dan rintangan bersama. Bukan itu sahaja, segala kesenangan dan kesusahan turut dikongsi tanpa ada rasa keluh-resah. Kepercayaan antara mereka kukuh tanpa mengira soal rakan sekerja, rakan serumah dan rakan-rakan lain disekeliling. Yang penting bagi mereka adalah kebahagian yang ingin mereka kecapi bersama dan mempunyai keluarga yang bahagia. Mereka tidak akan mengambil pusing dengan apa yang akan diceritakan atau ditomahkan oleh rakan-rakan sekeliling . Teman hidup lebih menekankan atau memikirkan soal kebahagian mereka dan bukan orang lain kerana yang hendak sehidup semati adalah mereka.

Adapun pelbagai jenis rakan, kawan atau sahabat, kita perlulah pandai menyesuaikan diri. Mengelak dari rakan yang menghancurkan adalah lagi baik. Kebahagian kita bukanlah ditangan rakan, tetapi terletak ditangan kita sendiri. Rakan hanya sampaikan idea dan pandangan mereka. Mereka mungkin berjaya dengan pandangan yang mereka lontarkan tetapi berkemungkinan besar tidak sama sekali serasi dengan kita. Ramai yang mengalami kejatuhan dan kehancuran apabila menerima input bulat-bulat daripada rakan-rakan dengan idea dan pandangan yang merosakkan. Kita perlu fikir adakah pandangan mereka itu benar atau songsang. Sesuaikah dengan kita atau sebaliknya? Segala kebahagian kita bersama rakan akan tercipta bila kita pandai menyesuaikan diri dengan mereka, tapis apa yang perlu, tidak mudah berkongsikan masalah dan membuat kenyataan yang mengundang kesakitan kepada rakan yang lain. Rakan yang jujur dan ikhlas adalah mereka yang ingin melihat kita bahagia dengan apa yang kita impikan dan bukannya merosakkan atau memecah belahkan serta menambah masalah yang sedia ada.

Thursday, June 9, 2011

Statement Aku Terhadap Gambit & Shah Jazlee Berkenaan Dengan Klip Video Marilah Oleh Prema Yin

Bro, agak2 la nk bg statement. Kononnya that video clip (v.c) for US market. Jauh bro jauh. Rupa v.c kamu xubah spt v.c utk assesment pelajar kolej/u. Kalau ye la utk pasaran luar negara, biarlah technique nya blh dibanggakan. Setakat storyline berbaur lucah, US xpandang punya. Hujung kuku dia jer tu...

Bro mesti ingat, benda ni jd hot bkn krn kreativiti yg gempak tp dek krn isu yg berbaur lucah. Itu je. Kalau xberbaur lucah, xde makna story bout that v.c tetiba nk meletup. Kt org Timur bro.majoriti Islam bro. Ikut la garis panduan bro. Betulkan cara drop jaw penyanyi tu dulu, itu lg baik. Setakat hebat beraksi panas dlm babak, xde makna bro. Pergerakan tarian pun lemah bro. Keras bro. Lakonan akhir swaktu cermin pecah pun xreal bro. Patutnya itu yg patut di ambil berat, bukannya aksi panas...

Belajar2 dulu bro. Drpd bro keluarkan statement yg menampakkan kecetekan fikiran bro. Begitu jg dgn rakan bro iaitu Shah Jazleeee dlm sebutan Melayu nya. Jazle dlm sebutan Melayu Jazli.bukan Jazel/J-zel. Mmg xde adegan seks, tp berbaur seks amat ketara..

Jgn bongkak sngat bro dlm bg kenyataan. Dunia hburan kamu tu kecik je bro. Dgn v.c yg xseberapa ni, xyah lah nk kembang bgaikan staraf dgn Steven Spielberg. Yusry KRU pun bro blm blh tanding. Br 1 karya bro, xperlu nk megah2 dek krn untuk pasaran US yg berbaur lucah bro. Jika itu yg bro tonjolkan maka itulah pemikiran bro dan cara hdup bro yg sebenarnya jika dkaji dr sudut psikologi. Malu bro...

Kesilapan yg bro lakukan not for your future lesson but kesilapan yg dsengajakan. Kt ada tatacara pembikinan dan garis panduan pembikinan. Tetapi bro telah melanggar susila itu. Kalau bro jwb bro xtau menahu akan tatacara tsebut, bmakna bro kena byk btanya kpd pengarah/penerbit. Tp ternyata dr sudut bro nk publish kan diri kpd khalayak,berjaya. Awalnya, org xkenal. V.c berbaur lucah punya pasal, tup tup meletup. Satu M'sia heboh pasal Gambit.yg xkenal jd kenal dek kerana v.c yg bbaur lucah. Biar maruah tgadai asalkan popular. Huhu, mana pegangan kamu, bro...

Isu yg lebih besar ialah apa yg bro nk jawab diakhirat kelak bl beribu org xpuas hati/dukacita dgn paparan bro. Ternyata tiada langsung paparan untuk educate people. Yg tpapar hanyalah utk jdkan khalayak lbh social dgn isu2 yg sedia ada. Nak bangga? Jauh sekali sbbnya bl dh tua nanti anak dan cucu mula tertanya2 adakah ini hasil kerja ayah aku/atok aku. Bkemungkinan mereka pun akan malu dgn paparan tersebut...

Komen aku thdap bro setelah baca Pancaindera :

Anu Dalam Botol adalah film yg memaparkan kritikan sosial. Sekurang2nya film tersebut blh menyumbang kpd pengajaran & nasihat kpd golongan2 bkenaan. V.c bro, apa kritikan sosialnya? Mengajar org utk melakukan seks bebaskah?

Bro kata v.c ini utk kpuasan diri sendiri & bkn utk peminat. Dah tu knp bro published kat youtube.bknkah apa yg di publish di youtube itu utk dikongsi dgn khalayak?

Ntah apa2 la bro punya statement. Bikin pusing satu malaya.


Yg si Shah Jazlee pun pk singkat. Statement menerima tawaran utk v.c ini krn peluang utk pasaran luar negara. Peluang mender, peluang. Kalau setakat babak panas tu, peluang apa yg ko pk. Pornstar?

Begitulah ceteknya pemikiran segelintir artis di M'sia. Org berlakon, dia pun nak jd pelakon kononnya utk warnai persada seni tanahair tp uols warnakan dunia hiburan dgn warna hitam. Knp dunia hiburan & penggiatnya dikeji? Sbb golongan perosak yg pentingkan populariti murahan tanpa mengira soal agama,bangsa & negara. Maruah tu uols letak sipi2 jer. Hr ni buat silap,esk masuk paper.meletup.then popular.org berlakon smpai pencen uols muda2 dh pencen awal sbbnya tlalu kejar publisiti murahan dan popular tanpa menghiraukan maruah. Maruah bkn stakat maruah uols, tp maruah khalayah lain yg turut tcalar. Kena ingat, bangsa apa dan agama apa yg diwakili penyanyi,pelakon & pengarah v.c? Sbg khalayak, tempelaknya terkena jg. Najisnya terpercik juga.mana uols letak hati & perasaan sebangsa & seagama? Renung2kan...

Tugas anda sbg pelakon,penyanyi & pengarah amat besar.bukan takat nk kejar glamor.jauh dr itu, apa tanggungjawab korg thadap agama,bangsa & negara? Peranan golongan artis & karyawan amat penting dlm pembangunan sosial & kemasyarakatan. Bukannya skadar terjah ke dunia hiburan & lacurkannya dgn tindakan yg kurang bijak yg mana tempiasnya tkena golongan artis & karyawan yg lain. Patutnya insan seni spt uols patut di GAM sj dr terus menerus mencipta pelbagai kontroversi & aksi yg mengguris perasaan.