Tuesday, August 26, 2014

Layan : Jeritan Batinku II

Merenung satu sudut, rokok kusedut, dahi berkerut.
Pinggang kucekak, bukan untuk bertekak.
Senyum sukar diukir, ketawa dalam berfikir.
Minum tatkala kehausan, pabila penat dan bosan.
Berjalan dengan hati yang gundah, tak sudah-sudah.
Mundar mandir ke sana ke sini, memikirkan itu dan ini.
Jawapan yang kucari belum kudapati dan aku pun tidak pasti.

Melihat jam, mataku pejam, malamku kejam.
Lena tak lelap, entah di mana silap.
Mahu mengeluh, tiada peluh.
Dada berombak, hati sebak, tiada siapa yang nampak.

Adib Anas
06/08/2014 @ 10 Syawal 1435H
4.52am

Layan : Jeritan Batinku

Senyumku
Tawaku
Girangku
Ketenanganku seringkali terpancar di wajah...

Dukaku
Sedihku
Sayuku
Sepiku
Piluku siapakah yang dapat membacanya...

Kepada Tuhan aku berserah bukan bererti menyerah...
Kepada kalian aku ungkiti bukan untuk simpati...
Cuma kupinta secebis kata-kata perangsang yang mampu bangkitkanku agar aku tidak jatuh tersungkur menyembah bumi...

Ya Allah...
Kubersyukur di atas segala nikmat, kebahagian dan kesakitan yang Kau beri...
Kau berkatilah apa yang aku miliki...
Semoga aku tenang dan tabah menghadapi... InsyaAllah

Adib Anas
05/08/2014 @ 09 Syawal 1435H
9.17am