Monday, June 29, 2009

DOCUMENTARY : THE HIDDEN "PENARIKAN"

Jalan Penarikan adalah jalan darat tertua yang telah wujud sebelum pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Jalan darat ini menghubungkan kapal-kapal pedagang pada masa itu dari Selat Melaka, Sungai Muar, Sungai Jempol ke Sungai Serting untuk menuju ke Pantai Timur (begitu juga dari Sungai Serting ke Sungai Jempol & Sungai Muar untuk ke Pantai Barat) dengan mengangkat kapal-kapal atau perahu ke darat dan kemudiannya menariknya dengan menggunakan galang kayu sejauh 0.6 km.

Berikut adalah gambar-gambar terkini "Jalan Penarikan" :



Batu pelantar; dipercayai sebagai tapak surau.



Kubur lama penganut Islam.



Kawasan inilah yang dikatakan bermulanya 'penarikan' dari Sungai Jempol ke Sungai Serting. Juga dipercayai sebagai pengkalan untuk kapal-kapal pedagang.



Peta 'Jalan Penarikan' yang bermula dari
Selat Melaka - Sungai Muar - Sungai Jempol - (PENARIKAN) - Sungai Serting




Pertemuan Sungai Muar dan Sungai Jempol.
(Sebelah kanan adalah laluan ke Sungai Jempol)



Tugu yang dibina di Kampung 'Penarikan' Jambu Batu 8.

Jalan ini juga dikatakan digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sewaktu mengambil dan membawa pulang Tun Teja ke Melaka.

Londar Siam dibina oleh tentera Siam bagi menghubungkan Sungai Jempol dan Sungai Serting. Usaha mereka hanya separuh jalan dan gagal. Sewaktu proses menggali mereka menjumpai seekor ular berwarna putih. Ular itu dijadikan makanan. Semua tentera Siam mati setelah menjamah ular itu.

Bayangkan betapa lebarnya sungai-sungai ini pada suatu ketika dahulu sehinggakan kapal-kapal pedagang / jong boleh melalui laluan air ini. Ianya juga adalah pengkalan / pelabuhan yang digunakan bagi menjimatkan masa perjalanan dari Pantai Barat ke Pantai Timur / dari Pantai Timur Ke Pantai Barat. Juga laluan ini selamat daripada serangan lanun diperairan Temasek.
Laluan Sungai Muar, Sungai Jempol dan Sungai Serting kini sempit dan tidak selebar dulu.

Agak sukar untuk menemui Jalan Penarikan yang asal kerana kini kawasan ini adalah ladang kelapa sawit, kawasan perkuburan Islam dan perumahan. Hanya dengan bantuan penduduk tempatan sahaja yang membolehkan kita menjejakinya.




2 comments:

  1. Salam..Ada blog tk habaq pun no..hehehe

    ReplyDelete
  2. most memorable experience for me in this Penarikan..

    ReplyDelete