Tuesday, July 28, 2009

PENDAPAT : BAGAIMANA UNTUK MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH ?

Sejarah :
Prestasi UMNO Bahagian Permatang Pauh merosot adalah kerana rentetan daripada kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kabinet dan parti pada 1998. Berikutan daripada pemecatan ini, DS Anwar Ibrahim telah menggemparkan seluruh Malaysia dengan melancarkan reformasi terhadap kerajaan.

Bukan sahaja rakyat Permatang Pauh, malahan jutaan 'peminat-peminat' beliau seluruh negara turut tidak percaya dengan dakwaan salah laku seksual, rasuah dan banyak lagi. Isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah lantas menubuhkan Parti Keadilan dengan menggunakan simbol mata sebagai logo parti.

Sejak pemecatannya, UMNO Permatang Pauh yang dahulunya kuat turut mengalami tempiasnya. Kepercayaan rakyat terhadap UMNO berkurang sejak peristiwa ini. Sudah 3 penggal pilihanraya, calon UMNO tewas ditangan PKR.

Bagaimana untuk mengembalikan kegemilangan UMNO Bahagian Permatang Pauh?
Antara langkah-langkah / penyelesaian / tindakan yang perlu diambil ialah :
  • Melantik ketua/pemimpin yang lantang & berani bersuara. Mempunyai ilmu yang tinggi dari segi setiap sudut. Latar belakang pendidikan harus diutamakan.
  • Buang tabiat 'berkroni'.
  • Perlu mengubah sikap sombong / bongkak.
  • Mempunyai jadual khas untuk membolehkan Ketua UMNO Bahagian sentiasa turun padang dan melawat setiap cawangan.
  • Pemimpin menjadi defender dengan menepis segala tomahan dan hinaan.
  • Elak bercakap dengan isu-isu yang sama setiap kali berucap. Pemimpin perlu mencari penyelesaian dan bukannya bercakap tanpa berlaku apa-apa.
  • Menghantar ahli-ahli baru dan lama ke Kem Biro Tatanegara untuk tanamkan rasa cinta akan negara, pemimpin dan parti. Program 'jalan-jalan' hanya akan buang duit sahaja. Lancarkan program yang memberi faedah jangka panjang untuk ahli-ahli.
  • 'Bersatu'. Tidak memboikot calon sekiranya tidak terpilih untuk menjadi calon.
  • Mentaliti kuno rakyat Permatang Pauh perlu dipulihkan dengan cara meyakinkan mereka dengan janji dan taktik kotor pembangkang.
PKR telah 11 tahun mempermainkan jiwa dan harapan rakyat Permatang Pauh. Janji hanya tinggal janji. Tiada sebarang pembaharuan walaupun kini Pulau Pinang dikuasai Pakatan Rakyat.
PKR = 'Parti
Kencing Rakyat' telah merugikan ribuan rakyat Permatang Pauh. Yang untung hanya kepada mereka yang berjawatan, rakyat tempatan yang lain terpinggir di kawasan sendiri.

Jadi, UMNO Bahagian Permatang Pauh harus lebih lantang berdebat. Bukan sekadar kata-kata, tetapi tunaikan janji kepada bangsa tercinta.

No comments:

Post a Comment