Wednesday, September 22, 2010

...Satira BC + CA...

BC adalah gelaran kepada makhluk yang mempunyai karektor seperti BABI & CHIMPANZEE.

Manakala CA adalah gelaran kepada makhluk yang mempunyai karektor seperti CIPAN & ANJING.

Si BC & CA mempunyai sifat-sifat seperti tak tahu malu, terhegeh-hegeh, tak ada perasaan bersalah, suka menyakitkan hati, kaki jantan, kaki betina, mengambil kesempatan, suka mencabar kesabaran dan segala jenis sifat yang sealiran dengannya selama mana ianya dikenali sebagai BC & CA .

Kedua-duanya mempunyai jantina. Tidak kisahlah sama ada si BC jantan atau betina, atau si CA betina atau jantan.

Sifat dan karektor BC & CA ini berupaya bertapak dalam diri manusia dan menjelma sebagai manusia dengan mempunyai sifat dalaman yang kotor serta mempunyai misi dan agenda tertentu.

BC & CA adalah 'parasit' yang sangat menjengkelkan dan sangat jijik. Kedua-duanya wajib disamak jika tersentuh, disentuh dan menyentuh.

Kewujudan si BC & CA ini hanyalah sebagai makhluk perosak. Bukan mudah untuk menghapuskan si BC & CA kerana kedua-duanya sukar dilupuskan. Hidup manusia tak akan tenteram bila kelibat BC & CA kelihatan.

Jadi berhati-hatilah dengan si BC & CA kerana kedua-duanya mampu bertahan hingga ke kubur sehinggakan singkatan BC & CA turut akan terpampang di atas batu nisan mereka.

Siapa BC dan siapa CA???



No comments:

Post a Comment