Tuntutan BERSIH 3.0 :
1. Bersihkan
senarai undi
2. Reformasikan
Undi Pos
3. Gunakan
Dakwat Kekal
4. Akses
Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh
Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan
Institusi Awam
7. Hentikan
Rasuah
8. Hentikan
Politik Kotor
Tuntutan BERSIH 2.0 :
1. Bersihkan
senarai undi
2. Reformasikan
Undi Pos
3. Gunakan
Dakwat Kekal
4. Akses
Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh
Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan
Institusi Awam
7. Hentikan
Rasuah
8. Hentikan
Politik Kotor
Kerajaan telah menubuhkan
Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan
pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem
pilihanraya. Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh
jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa
yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:
Bersihkan senarai undi
|
-
|
SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia
ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai
pengundi. SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan
menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat
yang sama.
|
Reformasikan Undi Pos
|
-
|
Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi
melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di
negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan. Ini kerana
setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan
mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.
|
Gunakan Dakwat Kekal
|
-
|
Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal
|
Akses Media yang Bebas dan Adil
|
-
|
SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara
adil kepada semua parti politik dan calon-calon
bertanding. Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di
kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh
organisasi media yang mereka wakili.
|
Tempoh Kempen Minima 21 Hari
|
-
|
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh
kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.
|
5 daripada tuntutan BERSIH
telah pun diberi perhatian. Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu :
6. Kukuhkan Institusi Awam,
7. Hentikan Rasuah dan
8. Hentikan Politik Kotor
telah dan sedang
dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga
sekarang.
Dengan transformasi yang
dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat
sendiri melalui maklumbalas rakyat. Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah
pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin
politik sendiri, disiasat dan ditangkap.
Semuanya berjalan dengan
lancar dan professional. Hanya apabila kes melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan.
BERSIH itu sendiri adalah
lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula BERSIH ingin menuntut agar politik
kotor dihentikan?
BERSIH didalangi
pembangkang dan dibiayai oleh NDI (National Democratic Institute) dan Open
Society Institute (OSI) iaitu agensi asing yang tugasnya ialah
menjatuhkan kerajaan yang sah.
“The NDI describes
itself as a non-profit, non-partisan organization “working to support and
strengthen democratic institutions world wide through citizen participation,
openness and accountability in government”.
"According to corporate information on its website, the OSI was started by
financier George Soros in 1984 to help countries make the transition from
communism, and has grown to include not just the US but more than 70 countries
in Europe, Asia, Africa, and Latin America. Fellow Bersih steering committee member, Maria Chin Abdullah explained that
both NDI’s and OSI’s funding were specifically for to the electoral watchdog’s
delineation projects.”
Jika ini tidak benar, apa
gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei
1969? Tidak lain tidak bukan, BERSIH ingin sangat mengulangi
tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara. Untuk
pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan
kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.
Dengan kesemua tuntutan BERSIH
telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan
sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?
BERSIH hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam
negara. Selain itu, BERSIH juga perlu bagi pembangkang sebagai
alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam
PRU yang akan datang.
Walaupun
senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun,
BERSIH tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan
demonstrasi. Jika mereka masih tidak berjaya
menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan BERSIH 4.0, 5.0 dan seterusnya
dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.
Kerana bagi mereka, hanya
apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi
mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai BERSIH.