Monday, April 23, 2012

BERSIH tetapi KOTOR

Tuntutan BERSIH 3.0 :
1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor

Tuntutan BERSIH 2.0 :
1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor

Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya.   Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:

Bersihkan senarai undi
-
SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi.  SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.

Reformasikan Undi Pos

-
Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan.  Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.

Gunakan Dakwat Kekal
-
Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal

Akses Media yang Bebas dan Adil

-
SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding.   Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.

Tempoh Kempen Minima 21 Hari

-
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.

5 daripada tuntutan BERSIH telah pun diberi perhatian.  Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu :
6. Kukuhkan Institusi Awam,
7. Hentikan Rasuah dan
8. Hentikan Politik Kotor
telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang.   

Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat. Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap.  

Semuanya berjalan dengan lancar dan professional.  Hanya apabila kes melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan.

BERSIH itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula BERSIH ingin menuntut agar politik kotor dihentikan?  
BERSIH didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI (National Democratic Institute) dan Open Society Institute (OSI) iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah.  

“The NDI describes itself as a non-profit, non-partisan organization “working to support and strengthen democratic institutions world wide through citizen participation, openness and accountability in government”.
 
"According to corporate information on its website, the OSI was started by financier George Soros in 1984 to help countries make the transition from communism, and has grown to include not just the US but more than 70 countries in Europe, Asia, Africa, and Latin America. Fellow Bersih steering committee member, Maria Chin Abdullah explained that both NDI’s and OSI’s funding were specifically for to the electoral watchdog’s delineation projects.”

Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969?   Tidak lain tidak bukan, BERSIH ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara.  Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.

Dengan kesemua tuntutan BERSIH telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?

BERSIH hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara.  Selain itu, BERSIH juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.

Walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, BERSIH tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi.  Jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan BERSIH 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.

Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai BERSIH.

No comments:

Post a Comment