Wednesday, July 22, 2009

PERSOALAN...: 'ENCIK' & 'TUAN'

Merujuk kepada kisah benar :

Kes 1 :
Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu pertama kali memegang jawatan menteri penuh (persekutuan)
, beliau hanya dikenali sebagai YB 'ENCIK' Anwar Ibrahim sebelum menerima gelaran Datuk Seri.

Kes 2 :
Lim Guan Eng, pertama kali memegang portfolio Ketua Menteri Pulau Pinang bergelar YAB 'TUAN' Lim Guan Eng.

Lazimnya :
Orang Melayu Islam menggunakan gelaran TUAN setelah selesai menyempurnakan Rukun Islam kelima iaitu menunaikan fardhu haji di Mekah. Contoh : En. Ali Bin Abu akan bertukar kepada Tuan Hj. Ali Bin Abu.

Persoalan :
1. Apa beza ENCIK yang disandang Anwar Ibrahim dan TUAN yang disandang oleh Lim Guan Eng?
2. Kenapa Lim Guan Eng tidak guna gelaran YAB 'ENCIK' Lim Guan Eng?
3. Kenapa tidak YB TUAN Anwar Ibrahim?

Sejarah :
Orang Melayu memanggil pegawai-pegawai Inggeris/British sebagai TUAN pada zaman sebelum Merdeka. Pada zaman ini, orang Melayu sebagai hamba/kuli Inggeris. Dipijak Inggeris. Kini, sekali lagi orang Melayu Pulau Pinang memanggil 'seseorang' dengan gelaran TUAN.

*Kepada para ilmuan bahasa, pakar bahasa, guru-guru bahasa dan pecinta bahasa, tolong betulkan saya jika saya salah. Jika saya betul, di mana salahnya?








1 comment:

  1. Comments from FBians :

    Joe Fatah :
    tak perlu nak mencari sesuatu utk perkara yang kecil. tak perlu utk menimbulkan sesuatu utk perkara yang hanya dipandang kecil.
    July 23 at 12:33pm ·


    Adib Anas :
    kita sudah pun diperkecilkan tanpa sedar...
    July 23 at 12:43pm ·

    Frau Fiza :
    ala hang badan besar jgn risaula jd kecil ni..hehe
    July 23 at 12:50pm ·

    Noradzrin Adzhar :
    kalau semua perkara yang melibatkan bangsa dipandang kecil...susahlah.....cukup2 lah dengan science+math ENGLISH VS MELAYU..
    July 23 at 3:08pm ·

    ReplyDelete