Wednesday, September 15, 2010

...Media & Kes Datuk Sosilawati Lawiya...

Rasanya agak lama juga aku tidak menjengah mana-mana surat khabar atau mengikuti berita-berita semasa di televisyen dek kerana terlalu busy dengan kerja. Kerap kali ketinggalan akan berita-berita sensasi mengenai politik, ekonomi, masyarakat mahupun dunia hiburan. Kalau ada kawan-kawan yang bercerita baharulah aku tahu mengenai apa yg terjadi. Begitu juga dengan kes Datuk Sosilawati Lawiya (DSL) bersama tiga yang lain dilaporkan hilang.

Sewaktu di Kuala Lumpur tidak pula aku sibuk-sibuk untuk mengetahui akan kehilangan DSL bersama dengan tiga yang lain oleh kerana kekangan kerja yang menimbun. Tetapi setelah pulang ke kampung halaman, aku cuba sedaya upaya untuk mengikuti berita-berita dan program-program televisyen yang ketinggalan. Sampaikan sanggup berjegil mata sehingga lewat malam semata-mata kerana mahu memperoleh berita terkini mengenai DSL bersama tiga yang lain. Apatah lagi setelah negara dikejutkan bahawa keempat-empat mereka ditahan, dibunuh, dibakar dan dibuang.

Pilu, sedih dan marah menyelubungi diri setelah laporan mengenai mereka ke udara. Kes ini tidak boleh diterima akal dengan apa yang telah diperlakukan kepada mangsa. Tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan mangsa yang dipukul sehingga mati. Uhhhh...kita pun dapat merasai keperitan dan kesakitan mangsa.

Perasaan marah dan geram terasa apabila dibongkarkan Polis bahawa suspek yang bergelar 'datuk' turut disyaki terlibat dengan kes-kes bunuh yang lain. Hari demi hari semakin panas kes ini dilaporkan oleh pihak media sehinggakan menenggelamkan berita-berita mengenai persaraan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara dan pengganti beliau. Begitu juga dengan berita mengenai Pertabalan dan Pemasyuran Sultan Kelantan yang baru. Berita-berita ini terus tenggelam kerana kes bunuh yang melibatkan DSL bersama tiga yang lain menarik perhatian ramai. Pembaca bukannya 'kaypoh' untuk mengetahui apa yang ditimpa mangsa tetapi apa yang terjadi terlalu menyayat hati. Apatah lagi dibongkarkan dengan kes-kes orang hilang yang tidak ditemui sehingga sekarang yang turut dikaitkan dengan suspek yang sama.

Media dinasihatkan supaya tidak mensensasikan kes ini bagi mengelak sisatan terganggu. Turut dinasihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya tidak terjadinya rusuhan kaum. Dari hari ke hari, semakin berkurang berita-berita mengenai penemuan barang bukti pembunuhan dan ujian DNA dilaporkan.

Misteri menyelubungi hati setiap pengikut-pengikut kes ini dari hari ke sehari. Timbul juga dibenak hatiku, mungkin terselit misteri disebalik Polis menasihati media supaya tidak menggembar-gemburkan kes DSL bersama tiga yang lain dan lain-lain kes yang dibongkarkan. Disudut hatiku, mungkin lebih ramai ahli perniagaan yang berbangsa Melayu menjadi mangsa bunuh suspek utama berbanding ahli-ahli perniagaan berbangsa lain ekoran kes-kes lain mempunyai kaitan dengan suspek utama.

Bukannya untuk menyemarakkan kemarahan orang-orang Melayu, tetapi melalui paparan berita jelas menunjukkan bahawa kegiatan samseng dan gangsterisme telah wujud dalam negara kita yang secara perlahan telah mengancam keselamatan masyarakat di Malaysia. Kerajaan telah banyak beralah dalam soal hak keistimewaan yang ditimbulkan mereka tetapi gerakan mereka walaupun secara kecil-kecilan telah mengancam banyak nyawa secara menyayat hati. Oleh itu, fikir-fikirkanlah, memang jenayah tidak mengenal bangsa mahupun agama, tetapi jadilah ia sebagai peringatan kepada kita.

PERANGILAH KUMPULAN SAMSENG & GANGSTERISME
SEHINGGA KE LUBANG CACING !!!
UNTUK KEAMANAN DAN KESELAMATAN
RAKYAT MALAYSIA.


No comments:

Post a Comment