Thursday, September 30, 2010

...Satira Kancil Besi...

Kancil besi bukan sembarangan. Ianya amat bermakna. Memiliki kancil besi bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun ianya tidak semahal besi-besi yang lain tetapi ianya cukup memberi kemudahan kepada pemiliknya dan tetamu-tetamu yang menggunakan khidmatnya.

Kancil besi yang aku miliki dulunya masih ligat berlari di jalanan sehingga kini. Cuma kadang-kala sahaja ianya mengalami kecederaan sama ada ringan atau berat. Tetapi bukannya selalu.

Kancil besi sangat berjasa kepadaku. Turut berjasa juga kepada para tetamuku. Kancil besi ini menyimpan 1001 peristiwa, malahan mungkin lebih. Ada kisah suka dan duka. Tapi, kancil besi ini tidak pernah merungut kepada aku tentang aku, malahan tidak pernah merungut kepadaku tentang tetamu-tetamuku.

Masa berlalu, kancil besi masih seperti dulu. Yang berubah hanyalah tetamu-tetamunya. Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, tetamunya sangat kurang. Jarang sekali mempunyai tetamu,m lahan kadang-kala tiada langsung tetamu. Kancil besi hanya mempunyai tuan yang setia.

Ke mana perginya 3/4 daripada tetamu-tetamu kancil besiku? Hipokritkah mereka sewaktu berkenalan dengan kancil besiku? Adakah hanya sekadar mahu menggunakan khidmat dan kemudahan percuma yang kancil besiku berikan? Hmmm...mungkin mereka sekarang telah memiliki binatang besi yang lebih canggih dan pandai bergaya.

Tiada perasaan cemburu untuk mereka malahan berbangga dengan binatang besi yang mereka miliki. Sebagai pemilik, aku hanya berbangga dengan binatang besi mereka sahaja tetapi bukannya mereka kerana kancil besiku dan binatang besi mereka tidak mempunyai akal dan hati.

Andaikata si kancil besiku bersuara, perkataan pertama yang bakal terpancul pasti 'keji' untuk tetamu-tetamu yang pernah menggunakan khidmat dan kemudahannya. Ramai juga yang akan 'tersentap'. Tak kurang juga dengan mereka yang akan menegakkan benang yang basah dan siapa mahu mengaku tahinya, kalau benar dia berak di tengah jalan.

Segala-galanya hanya diketahui oleh si kancil besi dan pemiliknya. Aku tidak malu memiliki kancil besi malahan sangat berbangga serta terhutang budi dan nyawa kepadanya. Terima kasih kancil besi.

Siapakah tetamu-tetamu kancil besi?...Ouchhh...

No comments:

Post a Comment