Sunday, April 12, 2009

DATUK SERI ABDULLAH BIDAS TUN DR. MAHATHIR & TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Pada hari Ahad lepas (19 Oktober 2008), Datuk Seri Abdullah telah membidas Tun Dr. Mahathir apabila beliau mendapati Tun menggesa supaya Datuk Seri Najib membuang semua 'orang-orang' Abdullah setelah Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri. Datuk Seri Abdullah turut membidas dengan menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak patuh kepada persetujuan MT UMNO berkenaan dengan tarikh peralihan kuasa yang telah ditetapkan apabila Muhyiddin telah lantang bersuara supaya tarikh peralihan kuasa hendaklah dipercepatkan.

Saya berpendapat bahawa Datuk Seri Abdullah tidak patut mengeluarkan kenyataan-kenyataan begitu kerana pada masa sekarang pencalonan untuk jawatan MT UMNO sedang berlangsung. Saya melihat bahawa perlakuan Abdullah ini seolah-olah menggambarkan bahawa Muhyiddin bukanlah calon pilihan beliau untuk kerusi Timbalan Predsiden UMNO yang akan datang serta ianya juga adalah satu usaha untuk menambah undi Khairi Jamaluddin yang bertanding untuk kerusi Ketua Pemuda UMNO, yang mana Khairi terpaksa bersaing dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Khir Toyo. Mukhriz pada masa sekarang dilihat sebagai calon favorite apabila beliau telah mendapat pencalonan yang terbanyak berbanding lawan-lawannya.

Apabila kenyataan-kenyataan ini dibuat, saya tidak melihat bahawa ianya adalah suatu perkara yang serius. Sebelum ini, Tun juga telah banyak mengkritik kepimpinan Abdullah. Tetapi, kenapa baru sekarang Abdullah ingin menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Tun dan kenapa tidak perkara ini tidak dijawab terlebih awal.

Berkenaan dengan Muhyiddin pula, beliau lantang bersuara kerana kebenaran. Memikirkan soal parti yang perlu dipulihkan kerana kelemahan adalah dibawah kepimpinan Abdullah. Abdullah sering memperkatakan bahawa beliau seorang yang terbuka, tetapi kenapa beliau tidak terbuka dalam hal ini. Adakah keterbukaan Abdullah hanya kepada kroni-kroni yang memujinya? Abdullah sering dipuji dan diangkat oleh menteri-menteri atau kroni-kroninya walaupun kadang-kala tidak ada apa-apa pun yang perlu dipuji atau dipertahankan.

Inilah kelemahan Abdullah. Beliau tidak berpendirian. Pendiriannya sentiasa berubah mengikut masa dan keadaan semasa.



Jumaat, 24 Oktober 2009.

No comments:

Post a Comment