Sunday, April 12, 2009

KJ SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Para perwalkilan Persidangan Agung UMNO telah memilih Khairi Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan menolak Datuk Seri Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turut bertanding untuk kerusi yang sama. Satu keputusan yang amat mengejutkan kerana KJ sebelum ini telah diberi amaran kerana beliau mengamalkan politik wang sewaktu berkempen. Kemenangan KJ disifatkan bahawa 'nanah dalam UMNO adalah berpunca daripada PEMUDA sendiri'.

Sewaktu ramai belia menolak UMNO dan BN, dikejutkan pula dengan kemenangan KJ. Adakah belia akan menyertai PEMUDA UMNO selepas ini? Ramai yang kecewa dengan keputusan tersebut. Banyak luahan yang telah saya baca melalui blog.

Sekali imbas, jika dibandingkan Khir Toyo dan Mukhriz dengan KJ, KJ adalah individu yang amat lantang bersuara. KJ petah berkata-kata dan berani mengusulkan perkara-perkara yang sensitif pada padangan orang Cina dan India dalam memihak kepada Melayu. Kecenderungan KJ ke arah ini lebih mempamerkan beliau sebagai 'singa Melayu'. Perlu ada 'singa Melayu' dalam keadaan sekarang.

Dalam pandangan yang lain, KJ mirip Anwar Ibrahim. Sekiranya beliau tewas, beliau berupaya menghasut yang lain untuk tinggalkan parti. Sekiranya KJ dan Anwar bersengkol, peratusan belia yang berpihak kepada pembangkang akan lebih ketara daripada sekarang.

Untuk tempoh ini, biar KJ mentadbir belia dan PEMUDA. Lihat sejauh mana keberkesanannya. Sekiranya tempang dan rapuh, saya menganggap 'singa' ini hanya boneka sahaja dan 'singa' ini ada matlamat lain dalam parti.


Rabu, 8 April 2009.

No comments:

Post a Comment