Sunday, April 12, 2009

IMPIAN ALI RUSTAM MUSNAH

Seminggu sebelum berlangsungnya Persidangan Agung UMNO, politik dalaman UMNO sekali lagi mengejut ahli-ahli UMNO khususnya apabila Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dilarang bertanding kerusi Timbalan Presiden UMNO kerana didapati telah melanggar peraturan 10.1 iaitu mengamalkan politik wang . Bagaimanapun, Khairy Jamaluddin yang disabitkan dengan kesalahan yang sama, hanya diberi amaran dan layak bertanding untuk Ketua Pemuda.

Sehingga hari ini, sukar untuk saya percayai dakwaan terhadap Ali Rustam ini memandangkan profil politik yang diceburinya selama 37 tahun agak bersih daripada segala polemik politik. Saya bukan penyokong Ali Rustam, tetapi sebagai pemerhati Ali Rustam merupakan pemimpin yang dilihat sebagai 'cool' dan tidak banyak mencetuskan masalah.

Sememangnya saya beranggapan bahawa perkara yang terjadi ini adalah satu konspirasi untuk mengenakan Ali Rustam. Tuduhan yang dikenakan bukan sahaja melibatkan parti UMNO sahaja. malahan untuk yang lebih ke depan ianya bakal menghancurkan karier politik beliau.

Terfikir juga kenapa Khairy Jamaluddin hanya diberi amaran dan layak pula untuk bertanding. Sedangkan, Khairy turut bersalah kerana mengamalkan politik wang. Agak melucukan apabila diumumkan bahawa Khairy hanya diberi amaran kerana kesalahan yang dilakukan berbeza dgn Ali Rustam. Berbeza? Apa yang berbeza? Sedangkan kedua-duanya disabitkan dengan kesalahan yang sama. Terlintas difikiran saya, mungkin Khairy sogak wang lebih banyak daripada Ali Rustam, Ali Rustam pula mungkin hanya sogok wang dengan ala kadar. Jadi, bagi menunjukkan bahawa UMNO amat mengambil berat akan isu ini, Ali Rustam adalah bahan 'panas' yang sesuai untuk digembar-gemburkan.

Yang keduanya, mungkin ini juga adalah helah politik. Taktik ini dibuat mungkin untuk melihat sejauh mana penyokong-penyokong Ali Rustam. Maksud saya ialah 'market test', melihat pasaran Ali Rustam di dalam UMNO. Mungkin minggu ini Ali Rustam dilarangan bertanding kerana didapati bersalah, tapi bare in mind kerana Ali turut membuat rayuan di atas tuduhan yang dikenakan. Kebarangkalian untuk melayakkan Ali untuk bertanding semula dengan tidak didapati bersalah boleh terjadi dua/tiga hari sebelum Persidangan UMNO. Mungkin ini kejutan yang akan diterima, tetapi ini hanyalah tekaan.

Mungkin Khairy tidak dikenakan hukuman kerana dia adalah menantu YAB Perdana Menteri. Jadi, bagi menjaga air muka, Khairy dilepaskan, maka Ali jadi cagaran.

Inilah perkara yang membelengu di dalam UMNO. Pendirian Pak Lah yang akan meletakkan jawatan selepas Persidangan Agung UMNO juga masih samar-samar. Silap-silap sambung lagi, sebab isu perletakkan jawatan ini agak sunyi dalam bulan March ini.


Jumaat, 20 Mac 2009.

No comments:

Post a Comment