Sunday, April 12, 2009

ISU KERAJAAN NEGERI PERAK

Tindakan Karpal Singh yang ingin menyaman DYMM Sultan Perak adalah perkara yang amat tidak wajar atau tidak sepatutnya berlaku. Begitu juga dengan tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak mahu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak walaupun Sultan Azlan Shah sudah bertitah. Keengganan Nizar tidak mahu melepaskan jawatan sebagai MB dan masih menganggap beliau adalah MB yang sah jelas menunjukkan bahawa Nizar adalah Jebat moden dan penderhaka kerana degil dengan titah sultan.

Umum mengetahui bahawa DYMM Sultan Perak mempunyai latar belakang pendidikan yang cukup tinggi dalam bidang perundangan dan kehakiman. Malahan baginda pernah menyandang jawatan Hakim Negara (semak balik jawatan ini betul/salah). Keputusan seorang sultan/raja hendaklah dituruti dalam situasi ini kerana sultan adalah ketua negeri dan tuan empunya tanah/daerah/taklukan. Sekiranya tiada parti seperti BN mahupun PR, sultan adalah yang paling layak atau mempunyai kuasa dalam menentukan/melantik siapa sahaja yang dirasakan layak untuk menjadi bendahara/temenggung/laksamana/hulubalang dan sebagainya bagi mentadbir negeri/daerah taklukannya.

Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa DYMM Sultan Perak mestilah menggunakan kuasa veto yang ada pada baginda dalam mengembalikan kuasa raja. Maksud saya di sini adalah, baginda seharusnya mengambil tindakan ke atas Karpal Singh dan Datuk Seri Mohamad Nizar sama ada buang negeri/daerah atau menggunakan Akta ISA kerana mereka mencetus pergolakan dan huru-hara dalam tanah jajahan baginda. Sekaligus perbuatan dua pengkhianat ini jelas menunjukkan kepada umum bahawa mereka ingkar dan mencabar kedaulatan raja/sultan. Kuasa sultan dihadkan sewaktu pemerintahan bekas Perdana Menteri, Yg. Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tetapi, ini tidak bermakna kuasa sultan ini hilang selama-lamanya/ tidak relevan lagi. Sebagai sultan, kuasa raja boleh digunakan sekiranya baginda berasa terancam/dihina rakyat bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku pada masa depan. Sekiranya DYMM Sultan Perak mengenakan tindakan keras terhadap dua pengkhianat ini, maka institusi raja akan lebih dihormati dan ditaati. Sekaligus dengan tindakan ke atas Karpal dan Nizar akan mengingatkan kepada semua mengenai Kedaulatan Raja Melayu yang sudah lama ditinggalkan. Kita bukan kembali ke kurun 15, tetapi kedaulatan sebegini hendaklah digunakan sekali sekala dalam usaha memberi peringatan kepada rakyat betapa tinggi/ berkuasanya kuasa sultan sekiranya baginda mencampuri urusan politik.

Perbuatan seperti ingin menyaman sultan dan ingkar kepada titah sultan memperlihatkan bahawa rakyat tidak taat kepada raja/sultan. Rakyat menganggap sultan sebagai boneka atau perkara yang boleh dipermainkan. Pada saya Karpal dan Nizar sudah lupa kepada Rukun Negara :
1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
3. Keluhuran Perlembagaan.
4. Kedaulatan Undang-undang.
5. Kesopanan dan Kesusilaaan.

Apabila salah satu daripada Rukun Negara ini tidak lengkap kepada diri seseorang/ tidak dipatuhi/tidak dituruti dengan sempurna, maka tidak lengkaplah kerakyatan atau kriteria sebagai rakyat Malaysia.

Dalam hal ini juga, Nizar hanya mainan boneka DAP/ wakil rakyat bukan Melayu. Dalam situasi/masalah Kerajaan Negeri Perak, dilihat bahawa orang Melayu yang bergaduh dengan orang Melayu sendiri. Kaum lain tidak mencampuri ini. Nizar juga hanya disokong oleh exco bukan Melayu dalam setiap sidang akhbar yang dihadirinya. Lihat sahaja siapa disekeliling Nizar, tiada orang Melayu. Jadi fikirlah, mungkin ini adalah agenda Cina/India yang ingin pecah belahkan kesepakatan/perpaduan orang Melayu sekaligus menjadikan orang Melayu sebagai PENDERHAKA.


Rabu, 11 Februari 2009.

No comments:

Post a Comment